Isu Kalimah Allah (03)

Ceramah penjelasan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible oleh Ustaz Mohd. Fauzi bin Asmuni, Naib Presiden 2 ISMA di Masjid Kariah Panchor Jaya pada Ahad 27 Januari 2013.

Ustaz Fauzi ceramah isu kalimah Allah

1. Tiada masalah jika orang kafir nak sebut kalimah Allah dalam urusan seharian, seperti yang terdapat dalam lagu kebesaran negeri. Isunya adalah pada permohonan sesetengah pihak agar kalimah Allah dibenarkan menggantikan terjemahan god dalam Bible Bahasa Melayu. Bolehkah orang Islam benarkan? Orang yang membenarkan penggunaan Allah sebagai ganti god tidak merujuk kepada implikasi. Ia seolah mengakui seolah-olah Allah ada anak!
2. Bible bahasa Melayu Malaysia sudah ada sejak berpuluh tahun lepas dengan cetakan pertama adalah pada 1976 diterbitkan oleh Bible Society of Malaysia dan selepas itu diulang cetak beberapa kali. Kalau kita baca, banyak ayat yang bertentangan dengan akidah muslim. Kenapa mereka beriya-iya mahu tukar god kepada Allah? Kononnya atas dasar patriotik! Sedangkan kalimah tuhan lebih patriotik berbanding Allah, kerana tuhan itu bahasa Melayu.
3. Kitab asal Bible juga bukan dalam bahasa inggeris. Tapi dalam bahasa Hebrew. Nama tuhan mereka adalah YHWH dan menerima perubahan demi perubahan kepada God atau Lord! Kurun ke 16 mereka bunyikan kepada Yahweh dsb. Tapi nama ini seolah disorok, mereka guna god dan lord. Tujuannya adalah mereka nak guna nama tuhan tempatan ikut kesesuaian lokaliti, seperti ISHWAR di India.
4. Maka kecenderungan mereka menggunakan kalimah Allah adalah lebih kepada misi untuk mengkristiankan orang melayu, menggunakan perkataan yang familiar kepada mereka! Strategi ini sudah lama. Sejak zaman Belanda pada 1612 Bible telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh orang Belanda dan diedar pada 1629. Persoalannya, kenapa? Sedangkan pada masa itu tiada Melayu yang kristian. Pastinya untuk menyebar kristian dalam kalangan orang melayu.
5. Betulkah orang Sabah baca bible bahasa Melayu? Sedangkan orang Iban, Kadazan, Cina dan India akan baca Bible dalam bahasa ibunda masing-masing atau Inggeris! Dikuatkan lagi dengan bilangan yang dicetak lebih dari bilangan penganut kristian sendiri!
6. Itu hal kristian. Masalahnya bila orang Islam sendiri membenarkan! Antara hujah mereka;
a. Mereka berhujah penggunaan kalimah ALLAH seperti disebut dalam Quran. Sedangkan hujah tersebut boleh dipertikaikan. Antaranya konteks penggunaan oleh orang Arab merujuk kepada Allah yang esa lagi maha berkuasa berbeza kristian yang berpegang kepada trinity!
b. Kononnya tiada dalil mengharamkan! Ada sebenarnya, iaitu “kufurlah orang yang mengatakan Allah itu satu dari tiga.”
c. Sabah dan Mesir dah lama guna, tiada masalahpun! Uruf atau kebiasaan ini tidak menjadi hujah menghalalkannya berdasarkan kaedah; Uruf rosak tidak mengubah hakikat syarak! Hakikatnya, syarak larang.
d. Ataupun, Indonesia dah lama amal, tak ada masalahpun! Siapa kata tak mudarat di Indonesia? Sekarang mereka panggil gereja dengan Baitullah, Krismas dengan Maulid nabi Isa dan nyayian di gereja dengan selawat. Mereka telah lalui proses normalisasi!
7. Kita yang sudah dewasa mungkin boleh selamat, tetapi fikirkan anak dan generasi kita akan datang. Sebab itu ada majlis agama negeri yang mengharamkan sampai empat puluh kalimah daripada digunakan oleh agama lain, eksklusif untuk orang Islam sahaja.
8. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 2011 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah tidak boleh dijadikan sandaran kerana ia masih di peringkat rayuan. Isu ini mesti dibincang atas dasar akidah, bukannya mileage politik.
9. Perlembagaan artikel 11(4) perkukuhkan kedudukan Islam di Malaysia, pemerintah harus mempertahankan hak tersebut dan rakyat yang bernaung di bawahnya hendaklah patuh. Amat menyedihkan bila penguatkuasaan amat longgar sehingga bible versi Melayu diulang cetak tanpa ada sesiapa yang ditahan.
10. Harus difahami, kristianisasi telah bermula seadal kurun ke15 apabila Portugis menjajah Melaka. Dengan bangga mereka melaporkan ‘kemenangan palang atas bulan sakit’. Jika benar mereka mencari rempah, mengapa perlu dirobohkan masjid, diruntuhkan nisan perkuburan Islam dan dilarang masjid dari dibina? Masjid hanya mula dibina semula di Melaka kurun ke18.

(dengan sedikit olahan oleh saya)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: