Lebih baik cakap tak serupa bikin…

Bismillahi walhamdulillah…

walk the talk

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukanya.” Surah As-Saf, ayat 2-3.

Pada suatu masa – dalam zaman Nabi SAW – ada di antara pemuda-pemuda Islam yang berkata: Kalau mereka mendapat sesuatu amalan yang diredhai Allah nescaya mereka akan mengerjakannya; tetapi apabila diberitahu amalan yang diredhai Allah itu, ada di antara mereka yang tidak mengkotakan apa yang mereka katakan.

Ayat di atas selalu dijadikan hujah ke atas orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang dicakapkannya. Nau’zu billah dari jadi orang macam itu. Orang Melayu kata, cakap tak serupa bikin!

Pepatah ini tidak boleh dijadikan kaedah umum untuk menolak cadangan baik dari orang lain, semata-mata dia tidak buat apa yang dia cadangkan. Atau tidak buat apa yang dia nasihatkan. Sebab setiap orang wajib buat sesuatu ikut kemampuan dirinya. Kalau kita mampu beri nasihat sahaja, maka berilah nasihat. Kalau kita mampu beri idea dan cadangan sahaja, maka lakukanlah. Walaupun kita tidak mampu untuk melakukannya. Oleh itu kita perlu bezakan antara cakap dan buat.

Memang betul, kalau kita cakap dan buat, akan lebih berkesan dan orang akan lebih mudah ikut. Berbeza orang yang hanya pandai cakap, kurang berkesan dan sukar untuk dipatuhi. Namun sekali lagi, perlu beza antara kewajipan dan keberkesanan. Kewajipan kita adalah memberi nasihat, cadangan dan menegur. Sesiapa sahaja yang ada cadangan bernas, mampu memberi nasihat atau boleh menegur – maka lakukanlah. Jika tidak, dia berdosa.

Ketika ini, lebih baik cakap tak serupa bikin, daripada tak cakap dan tak bikin!

Wallahu a’lam.

Satu Respons

  1. Salam, setuju dgn pandangan ustaz ini, kerana kdgkala, swesuatu yg kita dah belajar, tapi masih belum ada kesempatan melakukannya, tetapi, bila kita berkongsi perkara itu atau mengajarkan perkara itu pada org lain atau kawan-kawan, rupa-rupanya ia akan menjadikan dorongan dan semangat pula pada kita untuk mencari peluang untuk melakukannya pula. (memberikan motivasi sambil memotivasikan diri sendiri) .wallahuaklam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: