Sunnah menunggang kuda

Bismillahi walhamdulilah.

kuda

Antara aktiviti yang menjadi sunnah dalam Islam iaitu memanah, berenang dan menunggang kuda. Semasa kecil saya pernah menunggang kuda, melihat kuda disembelih, makan daging kuda dan menyaksikan sukan polo yang menggunakan kuda. Tengok cowboy naik kuda dalam filem macam senang. Tapi hakikatnya tidak begitu.

Kuda, makhluk unik.

Sebelum menunggang kuda, kita perlu berbicara barang seminit dua dengan kuda, sambil mengusap-usap kepala dan badan. Itu adalah isyarat awal dan melihat respon kesediaan kuda untuk ditunggangi.

Kuda juga seolah-olah boleh membaca isi hati penunggang lantas bertindak selaras dengannya. Andaikata penunggang sedang bersedih, kuda akan bergerak longlai. Kiranya penunggang berfikiran agresif, kuda akan bergerak aktif. Seumpama ada hubungan antara dua hati!

Menunggang untuk kesihatan.

Menunggang kuda tak sama dengan naik motor atau mountain bike. Pergerakan badan harus disesuaikan mengikut rentak kuda dan tidak statik. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penunggang kuda sebenarnya mengepit kuda dengan kedua kakinya. Memandangkan urat syahwat terletak di peha, maka aktiviti mengepit itu meningkatkan daya seksual penunggangnya!

Kuda mati membunuh diri atau dibunuh.

Kematian seekor kuda agak unik. Seolah-olah tahu ajalnya hampir tiba, kuda yang sakit akan menghantukkan kepalanya agar lebih sakit. Kesakitan yang lebih sakit dari penderitaannya akhirnya membawa kepada kematian. Sebab itu, elak dari menghampiri kuda yang berkelakuan pelik, bimbang anda menjadi mangsa bersama kematiannya!

Biasa juga doktor haiwan dipanggil untuk menamatkan riwayat hidupnya…

Wallahu a’lam.

(Hasil sembang dengan Fauzi, biras saya)

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: