Isu kalimah Allah

Al-fadhil Ustaz Zamani bin Ibrahim, YDP ISMA Seremban.

image

Isu berkaitan akidah tidak akan lapuk.

Ada beberapa kalimah yang difatwakan eksklusif untuk kaum muslimin iaitu solat, kaabah, kiblat dan Allah.  Penggunaan kalimah Allah oleh Kristian membawa makna tiga dalam satu!
Bolehkah God diterjemah kepada Allah? Fatwa kebangsaan melarang, sedangkan ada pihak yang kata boleh guna sama. Dalam hal ini, perlu rujuk Quran

Al-Maidah 116- Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

Membenarkan penggunaan oleh agama lain kononnya meraikan mereka hanyalah akan memudaratkan umat Islam.

Ambillah pengajaran dari kisah Palestin. Mufti Palestin pernah mengharamkan menjual tanah kepada Yahudi, namun ada ulamak yang membantah. Kononnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba sahaja. Mereka berpegang dengan nas yang menghalalkannya tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Akibatnya, kini sebahagian tanah Palestin menjadi milik sah Yahudi.

Ada orang mendakwa, Suhail pernah menolak penulisan kalimah bismillahirrahmanirrahim, dan mohon ditukar kepada bismikallahumma. Nabi benarkan penggunaan kalimah Allah, kenapa pula kita tak benarkan. Jawapannya, perlu diingatkan, kias ada syaratnya. Bismikallahumma yang nabi gunakan itu tidak merujuk kepada berhala tetapi merujuk kepada agama nabi Ibrahim. Pasti ia adalah makna yang sama. Adapun god dalam bible tidak merujuk kepada makna yang sama tetapi merujuk kepada tuhan yang pelbagai (trinity), maka tidak boleh dikiaskan.

Ada juga pendapat mengatakan, kita jangan keras sangat, kena beri ruang kepada dakwah. Jawapannya, kita kena kaji berapa peratus menguntungkan  berbanding merugikan. Mana lebih penting antara peluang dakwah dengan maslahat jaga akidah umat. Kaedah menyebutkan, “Takdimul aham alal muhim”. Berdakwah memang penting, tetapi menjaga maslahat umum iaitu akidah lebih penting.

Ulamak tidak redha membiarkan perkara ini. Mereka bersidang dan bersetuju membawa agenda iaitu bersaing untuk pertahankan akidah umat Islam.

– sebahagian isi ceramah di Masjid Sikamat pada 14 April 2013.

Posted from WordPress for Android

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: