Sekolah Agama: Hanya untuk orang miskin?

Ada satu kes melibatkan ‘anak orang kaya’ -AOK di sebuah sekolah agama. Di mana seorang murid telah melakukan peras ugut terhadap AOK. Tidak cukup dengan memeras ugut, mengenakan bunga terhadap ‘hutang yang dipaksa’, dia turut menunjuk jalan kepada AOK cara untuk menyelesaikan ‘masalah kewangan’nya! Jahat dan pandai…
Nak dijadikan cerita, si bapa AOK perasan ada beberapa barangan berharga dalam rumah yang hilang. Sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka datang ke sekolah untuk mendapatkan kepastian. Iaitu kepastian sama ada anaknya memang ada tabiat mencuri atau dipaksa mencuri.

Berdasarkan aduan dan tanggung jawab sekolah, guru disiplin menjalankan siasatan. Si AOK dan Si Pemeras dipanggil ‘untuk membantu siasatan’. Ringkasnya, Si Pemeras mengaku dialah pemain utama terhadap masalah yang berlaku.

Kes tidak selesai setakat itu. Bapa murid dimaklumkan tentang perangai anaknya dan diminta datang ke sekolah. Sayang, si bapa tidak mahu ke sekolah dan mendakwa tidak mungkin anaknya berbuat demikian. Katanya, “saya bagi duit belanja cukup tiap hari. Apa yang dia nak, saya bagi.” Tambahnya lagi, “cuba cikgu fikir, kenapa anak jutawan dihantar belajar ke sekolah agama? Mesti anak dia tu bermasalah!”

Antara pengajaran kisah di atas

1. Guru perlu ada banyak kemahiran. Kerana di sekolah, mereka juga berperanan sebagai Pegawai Polis Penyiasat Sekolah – PPPS!

2. Jangan terlalu mudah percaya kepada anak, sebab anak kita tidak berada di sisi kita sepanjang masa. Berdoalah agar Allah kurniakannya sahabat yang soleh.

3. Setiap penjaga harus hadir ke sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan pelajaran dan sahsiah anaknya.

4. Sekolah agama bukanlah untuk anak-anak orang miskin atau berpendapatan sederhana, sehingga bila ada orang kaya memasukkan anaknya, kita memandang serong!

Wallahu a’lam.

Posted from WordPress for Android

2 Respons

  1. Assalamualaikum…

    Ustaz, apa yang saya nak komen ini tiada berkenaan dengan post di atas.

    Tujuan saya sebenarnya ingin bertanya serba sedikit kepada ustaz.

    Situasinya begini. Anak buah saya kini berada di tingkatan 4. Beliau bersekolah di Sekolah Agama di Pahang tetapi saya tidak dapat pastikan apa nama sekolah dan di daerah mana serta sekolah yang beliau sekolah kini sama ada swasta atau tidak. Salah saya kerana tidak bertanya dengan lanjut tentang persekolahan beliau.

    Anak buah saya ingin bertukar sekolah dari Pahang ke Selangor / Kuala Lumpur kerana lebih berdekatan dengan keluarga. Tambahan beliau ingin Permasalahannya sekarang saya ingin tahu bagaimana caranya untuk saya membuat pertukaran persekolahan beliau. Di bawah ini antara persoalan-persoalan yang ingin saya ajukan.

    1. Adakah saya perlu ke Jabatan Pelajaran Selangor atau cuma ke Pejabat Pelajaran Daerah?

    2. Apa dokumen yang perlu saya bawa ketika melakukan prosuder-prosuder tersebut?

    3. Sekiranya saya sebagai makcik bukan ibubapa kepada pelajar, bolehkah saya melakukan pertukaran ini bagi pihak?

    4. Memandangkan beliau di Pahag, ketika melakukan prosuder-prosuder pertukaran perlu atau tidak saya membawa pelajar terbabit sekali dan sekiranya saya tidak membawa beliau adakah akan merumitkan segala perjalanan prosuder pertukaran?

    5. Adakah proses pertukaran ini hanya mengambil masa 1 hari dan selepas itu hanya menunggu jawapan?

    Saya harap ustaz dapat bantu saya serba sedikit dalam hal ini. Terima kasih…

    • Ini jawapan yang diberikan oleh sahabat saya yang bertugas di JPS dengan sedikit tambahan dan olahan.
      1. Kalau bukan dari SABK, .mesti melalui JAIS, isi borang JAIS dan lihat prestasi akademik.
      2. Kalau dari SABK, mesti melalui SPI JPN Pahang ke SPI JPN Selangor dan lihat juga prestasi akademik. Gunakan borang P.U.A 275
      3. Kalau dari KAA, terus ke PPD yang dipohon.
      4. Pelajar tak perlu hadir, memadai ngan dokumen peperiksaan, kad pengenalan ibubapa dan surat beranak anak.
      5. Ikut pengalaman saya sendiri, urusan mestilah dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga pelajar sahaja.
      6. Untuk lebih puas hati dan elak masa terbuang, bagus jika Puan dapat berhubung dengan PPD berhampiran. Saya yakin, mereka pasti membantu.
      Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: