MALAM SOLIDARITI UMMAH


MALAM SOLIDARITI UMMAH- 01 NOVEMBER 2013

image

Menampilkan 3 tokoh nasional.

1.Ust  Muhammad Fauzi Asmuni :: MESIR – Kemenangan Yang Tertangguh

2.Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin :: SYRIA – Bumi Syuhadak Yang Diberkati

3.Puan Farah Adeeba :: PALESTIN – Kami Terus Bersamamu

Persembahan Nasyid: Kumpulan FETYA dengan 7 lagu termasuk Merah Saga & Untukmu Palestina (Shoutul Harakah)

Solat Hajat Perdana

Pertandingan Mewarna dan Melukis

Pameran dan Jualan

Semua ini. PERCUMA. Nyatakan sokongan anda dengan menghadirinya dan menghulurkan sedikit sumbangan kepada saudara2 kita.

Posted from WordPress for Android

Kongsi ceramah?


Semasa menuju ke sebuah surau untuk mendengar ceramah, saya lalu di hadapan sebuah surau yang jaraknya cuma lima ratus meter dari surau yang hendak saya tuju. Banyak kereta dan ramai orangnya. Tiada tanda sedang berlangsung ceramah atau kuliah maghrib. Sampai di surau berkenaan, pengacara baru memulakan majlis, diikuti ucapan pengerusi surau seterusnya ceramah.

Bukan isi ceramah yang hendak dikongsikan. Tapi keadaan masyarakat kita yang amat terikat atau taksub dengan lokaliti masing-masing. Saya tertanya, kenapa surau ini tidak dibanjiri oleh pendengar? Sedangkan kedudukannya dikelilingi ratusan rumah. Surau yang saya lintasi tadi juga, jemaahnya mungkin tak turut serta. Bukanlah satu masalah besar, tapi menggambarkan masyarakat kita terlalu terikat dengan surau taman mereka sahaja. Kalau surau sebelah buat ceramah, tak ramai yang turut hadir. Bahkan, jawatankuasa surau berlumba-lumba untuk buat lebih grand dari surau sebelah!

Saya berpendapat, sampai sudah masanya berpindah kepada perkongsian pintar yang lebih jimat dan mesra.

Posted from WordPress for Android

%d bloggers like this: