Kongsi ceramah?

Semasa menuju ke sebuah surau untuk mendengar ceramah, saya lalu di hadapan sebuah surau yang jaraknya cuma lima ratus meter dari surau yang hendak saya tuju. Banyak kereta dan ramai orangnya. Tiada tanda sedang berlangsung ceramah atau kuliah maghrib. Sampai di surau berkenaan, pengacara baru memulakan majlis, diikuti ucapan pengerusi surau seterusnya ceramah.

Bukan isi ceramah yang hendak dikongsikan. Tapi keadaan masyarakat kita yang amat terikat atau taksub dengan lokaliti masing-masing. Saya tertanya, kenapa surau ini tidak dibanjiri oleh pendengar? Sedangkan kedudukannya dikelilingi ratusan rumah. Surau yang saya lintasi tadi juga, jemaahnya mungkin tak turut serta. Bukanlah satu masalah besar, tapi menggambarkan masyarakat kita terlalu terikat dengan surau taman mereka sahaja. Kalau surau sebelah buat ceramah, tak ramai yang turut hadir. Bahkan, jawatankuasa surau berlumba-lumba untuk buat lebih grand dari surau sebelah!

Saya berpendapat, sampai sudah masanya berpindah kepada perkongsian pintar yang lebih jimat dan mesra.

Posted from WordPress for Android

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: