Relax… Allah maha berkuasa!

Saya menerima satu komen berkaitan isu kalimah Allah. Katanya, kalau Allah mampu memelihara Al-Quran dari penyelewengan, maka Allah jua pasti mampu memelihara kalimah Allah atau zatnya sendiri. Begitulah lebih kurang maksudnya.

Ini satu penghujahan baru, tak pernah saya dengar sebelum sebelum ini. Dari satu sudut memang benar, kerana Allah Maha Berkuasa aas tiap sesuatu. Tiada siapa mampu mengubah atau mengalahkannya. Buatlah apa jua tipu daya dan helah untuk mengubah Al-Quran, Ini terbukti dari zaman awal Islam hingga kini, tiada siapa mampu menandingi atau mengubah isi kandungannya.

Cuma jika dilihat dari satu segi, cara fikir ini kurang tepat. Analoginya begini. Sebagaimana Allah mampu menjaga Al-Quran maka Allah juga mampu menjaga agamanya, iaitu Islam. Apabila Allah mampu menjaga agamanya, maka tak perlulah kita bersusah payah untuk menyebarluaskan atau menjaga kesuciannya daripada musuh Islam. Kita perlu yakin bahawa Allah akan menangani musuh Islam itu dan memenangkan agama Islam dengan kuasanya yang tiada tandingan. Kita cuma relax sahaja…!

Ya, itulah kesudahan yang dibawa oleh cara fikir ini. Sedangkan ia sama sekali bertentang dengan sunnah nabi SAW yang bermati-matian mengembang dan memelihara agama Islam. Adakah baginda tidak tahu bahawa Allah yang memelihara Al-Quran, turut akan memlihara agama Islam? Subhanallah…

Kita perlu ingat kekuasaan Allah di dalam memelihara kalimah Allah, memelihara kitab Al-Quran dan memelihara agama Islam sama sekali tidak menafikan kewajipan kita sebagai manusia. Syed Qutb dalam bukunya Inilah Agama menjelaskan bahawa Allah Taala mengkehendaki agar agama ini harus dimenangkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Bukannya melalui mukjizat yang mencarik adat. Meskipun Allah mampu melakukannya dengan ‘kun fa yakun’!

Tatkala baginda tersandar letih dan luka di pohon tamar dan tatkala baginda bernaung di lembayung kaabah, tidak pula baginda memohon agar musuhnya hancur binasa sekelip mata agar tugasnya mudah dan selesai. Kenapa? Kerana baginda lebih arif bahawa kuasa Allah tidak menafikan keperluan manusia untuk berusaha…

Oleh itu, bila musuh berusaha menjauhkan kita dari agama kita, memburukkan agama kita, atau kita melihat umat ini jauh dari agama mereka, maka janganlah kita relax cuma…

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: