Jauhi menyebarkan keburukan orang lain

(إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)Surat An-Noor : 19 

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Thauban, sabda nabi SAW; Janganlah kamu menyakiti hamba-hamba Allah dan janganlah mengaibkan mereka. Janganlah juga mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari  keaiban saudara muslimnya, nescaya Allah akan mencari keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri.

Tiada siapa yang terpelihara daripada melakukan maksiat. Tetapi yang lebih teruk daripada itu ialah menyebarkan maksiat yang dilakukan oleh orang lain.

Dalam ayat ini, Allah bukan sahaja mengancam azab yang pedih kepada orang yang menyebarkan keburukan, bahkan ancaman itu menanti orang yang sukakan tersebarnya kejahatan orang lain, meskipun dia tidak menyebarkannya!! Nau’zubillah… Suka adalah amalan hati, manakala menyebarkan adalah amalan lidah sebagaimana mendengar adalah amalan telinga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: