Majlis ilmu macam berperang!


Bismillahi walhamdulillah…

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang) tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya…

Pengalaman turut sama menghidupkan dua surau dengan kuliah maghrib memang agak mencabar. Bermula dengan empat lima orang, sehingga mencapai angka belasan orang. Dari satu kitab, beralih ke kitab lain. Dari guru yang masyhur hingga ‘merajuk’ dan diganti dengan guru tempatan. Dari ramai pendengar lantaran kegawatan ekonomi hingga kurang pendengar lantaran ekonomi dah kencang! Kadangkala bertembung guru dalam satu malam, maka terpaksalah seorang beralah. Kalau asyik bertembung, mulalah buat alasan dan berakhir dengan ‘ustaz ada hal, tak dapat teruskan kuliah’! Sebab itu, pernah seorang menyarankan kepada saya, kita mula dulu ustaz, nanti akan ramailah orang. Saya membalas, terima kasih kerana mengajar saya! Bukan sombong, tapi jawapan itu sesuai dengan orang tersebut. Teruskan membaca

Advertisements

Keberkatan yang tersembunyi


Bismillah…

Kali ni nak bercerita tentang hidup berpersatuan. Persatuan yang saya maksudkan ini bukanlah persatuan di sekolah atau jemaah dakwah. Tetapi persatuan dalam taman atau kejiranan. Setakat ini saya amat menghormati pengerusi persatuan penduduk dan organisasi mereka. Mungkin pernah terlibat sebagai AJK selama beberapa tahun dan rapat dengan AJK persatuan sehingga sekarang, menyebabkan saya bersikap sedemikian.

Saya tahu pahit manis menghidupkan persatuan dan susah payah menjayakan satu-satu aktiviti. Berada di medan tidak sama dengan memandang dari jauh. Tepat sekali pepatah Melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Teruskan membaca

Asobiyah


Asobiyah: Tamadun akan runtuh bila luntur asobiyah.

1. Ambil positifnya.
2. Asobiyah wujud dalam semua tamadun.
3. Ada yang mendefinisikannya dengan qaumiah, iaitu perkauman- racism. Inilah yg nabi larang. Hadis: Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada perkauman.
4. Perkauman inilah yang zionism perjuangkan sebelum mendapat negara haram Israel.
5. Untuk itu mereka buat beberapa protokol. Antaranya menanamkan bahawa mereka adalah the chosen people of God!
6.Mereka apply asobiyah dan anggap orang lain anjing. Meskipun bertentangan nilai kemanusiaan. Bahkan mereka bangga!
7. Racism menunjangi zionism. Sebab itu ulamak tentang.
8. Asobiyah adalah dari perkataan Arab; A’sob- iaitu terikat dengan sesuatu kumpulan. Sebab itu dalam English disebut esprit de corp. Ini adalah fitrah.
9.Bahkan para ulamak sandarkan nama mereka kepada tempat kelahiran atau keluarga seperti Al-Faruqi dsb.
10. Asobiyah juga adalah antara faktor kemajuan sesuatu negara. Contohnya Jepun.
11. Asobiyah jahiliah membawa kepada berperang. Berbeza dengan asobiyah untuk membangunkan bangsa. Asalnya adalah harus seperti makan, tapi bila membazir jadi haram. Begitu juga asobiyah.
12. Contohnya,  dengan adanya asobiyah nenek moyang kita pertahankan agama dan negara.
13. Tamadun akan runtuh bila luntur asobiyah. Individualism dan khianat akan jatuhkan sesebuah negara.

Kuliah Subuh 15 Mac oleh Us PM Dr Abd Halim Ramli

%d bloggers like this: