Asobiyah

Asobiyah: Tamadun akan runtuh bila luntur asobiyah.

1. Ambil positifnya.
2. Asobiyah wujud dalam semua tamadun.
3. Ada yang mendefinisikannya dengan qaumiah, iaitu perkauman- racism. Inilah yg nabi larang. Hadis: Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada perkauman.
4. Perkauman inilah yang zionism perjuangkan sebelum mendapat negara haram Israel.
5. Untuk itu mereka buat beberapa protokol. Antaranya menanamkan bahawa mereka adalah the chosen people of God!
6.Mereka apply asobiyah dan anggap orang lain anjing. Meskipun bertentangan nilai kemanusiaan. Bahkan mereka bangga!
7. Racism menunjangi zionism. Sebab itu ulamak tentang.
8. Asobiyah adalah dari perkataan Arab; A’sob- iaitu terikat dengan sesuatu kumpulan. Sebab itu dalam English disebut esprit de corp. Ini adalah fitrah.
9.Bahkan para ulamak sandarkan nama mereka kepada tempat kelahiran atau keluarga seperti Al-Faruqi dsb.
10. Asobiyah juga adalah antara faktor kemajuan sesuatu negara. Contohnya Jepun.
11. Asobiyah jahiliah membawa kepada berperang. Berbeza dengan asobiyah untuk membangunkan bangsa. Asalnya adalah harus seperti makan, tapi bila membazir jadi haram. Begitu juga asobiyah.
12. Contohnya,  dengan adanya asobiyah nenek moyang kita pertahankan agama dan negara.
13. Tamadun akan runtuh bila luntur asobiyah. Individualism dan khianat akan jatuhkan sesebuah negara.

Kuliah Subuh 15 Mac oleh Us PM Dr Abd Halim Ramli

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: