Keberkatan yang tersembunyi

Bismillah…

Kali ni nak bercerita tentang hidup berpersatuan. Persatuan yang saya maksudkan ini bukanlah persatuan di sekolah atau jemaah dakwah. Tetapi persatuan dalam taman atau kejiranan. Setakat ini saya amat menghormati pengerusi persatuan penduduk dan organisasi mereka. Mungkin pernah terlibat sebagai AJK selama beberapa tahun dan rapat dengan AJK persatuan sehingga sekarang, menyebabkan saya bersikap sedemikian.

Saya tahu pahit manis menghidupkan persatuan dan susah payah menjayakan satu-satu aktiviti. Berada di medan tidak sama dengan memandang dari jauh. Tepat sekali pepatah Melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Bab yang paling sensitif dalam persatuan ialah kewangan. Setiap kali mesyuarat agung, isu duit paling hangat. Bukan tidak percaya kepada barisan AJK, tapi prihatin yang amat tinggi mungkin! Pada saya, itu budaya yang sihat kerana ahli yang membayar yuran berhak mempersoalkan setiap sen yang dibelanjakan oleh persatuan.

Namun, post kali ini bukan bab duit, tapi bab menghormati Pengerusi dan AJK yang telah dilantik. Saya tidak kata mereka tu maksum, tetapi sebagai warga taman yang bijaksana, hormatilah barisan AJK yang telah dilantik. Memang mereka ada kekurangan, tetapi kekurangan itu tidak harus dijadikan alasan untuk mendahului mereka sehingga menampakkan kitalah hero, persatuan dah out!

Mengikut procedure memang memakan masa, tetapi yakinlah ia lebih diberkati oleh Allah kerana ada syura atau musyawarah. Pengerusi dilantik untuk dipatuhi bukan dijadikan tunggangan. Contohnya, kalau kita ada idea, bawalah berbincang atau cadangkan kepada pengerusi. Pengerusi yang bijak akan membawa cadangan ini untuk dibincangkan bersama AJK persatuan. Sekali lagi, memang lambat tapi ada keberkatannya…

Adab memberi cadangan.

Juga, perlu diingatkan kepada ahli bahawa cadangan tidak semestinya wajib diterima. Saya ulangi, kita tidak boleh memaksa pengerusi menerima cadangan kita. Itulah adab pemberi cadangan. Kalau cadangannya diterima, beristighfarlah dibimbangi cadangan itu membawa keburukan. Kalau cadangannya ditolak, bersyukurlah kerana terselamat dari penyebab kepada keburukan.

Namun yang pasti pengerusi perlu menimbangkan cadangan anak buahnya atau dibawa berbincang bersama AJK lain. Akhirnya, kata putus terletak pada tangan pengerusi, kerana kelak di akhirat dia yang akan dipersoalkan, bukannya yang memberi cadangan.

Keberkatan yang tersembunyi.

Pada pemerhatian saya, orang yang suka buat kerja sendiri akan menyusahkan diri sendiri dan selalunya berhenti separuh jalan. Betapa tidak, cadangannya tidak direstui oleh barisan AJK yang lain. Maka, dialah yang terpaksa menjadi pengacara majlis, mencari LCD projector, menyediakan layar dan menempah makanan. Tidakkah serik begitu? Akhirnya dia akan kecundang, ditambah dengan bisikan-bisikan syaitan, yang kita tahu ke mana arah tujunya. Betul tak?

Oleh itu, bersabarlah dengan karenah berpersatuan. Memang lambat tapi berkat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: