Majlis ilmu macam berperang!

Bismillahi walhamdulillah…

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang) tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya…

Pengalaman turut sama menghidupkan dua surau dengan kuliah maghrib memang agak mencabar. Bermula dengan empat lima orang, sehingga mencapai angka belasan orang. Dari satu kitab, beralih ke kitab lain. Dari guru yang masyhur hingga ‘merajuk’ dan diganti dengan guru tempatan. Dari ramai pendengar lantaran kegawatan ekonomi hingga kurang pendengar lantaran ekonomi dah kencang! Kadangkala bertembung guru dalam satu malam, maka terpaksalah seorang beralah. Kalau asyik bertembung, mulalah buat alasan dan berakhir dengan ‘ustaz ada hal, tak dapat teruskan kuliah’! Sebab itu, pernah seorang menyarankan kepada saya, kita mula dulu ustaz, nanti akan ramailah orang. Saya membalas, terima kasih kerana mengajar saya! Bukan sombong, tapi jawapan itu sesuai dengan orang tersebut.

Kuliah maghrib macam pergi perang!

Dalam Al-Quran, Allah menyebut yang maksudnya; Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang) tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya… Ayat 46, surah At-Taubah. Apa kena mengena ayat perang dengan kuliah maghrib dan pengajian di surau atau  masjid? Ringkasnya, ayat tersebut menempelak orang yang tidak membuat persiapan untuk keluar berjihad. Buktinya, kalau mereka bersungguh untuk keluar berjihad, nescaya mereka akan membuat persiapan selayaknya.

Begitu juga dengan kuliah maghrib atau pengajian seumpamanya. Kalaulah setiap muslim, lelaki khususnya memang berazam dan bertekad untuk hadir ke kuliah maghrib demi memenuhi kekosongan ilmu mereka, nescaya mereka mengambil segala persiapan yang perlu. Apakah persiapan tersebut.

  1. Mengosongkan atau mengkhususkan beberapa malam dalam takwim untuk hadir majlis ilmu. Lebih baik, maklumkan kepada isteri tentang jadual kuliah kita agar tidak diganggu.
  2. Membeli kitab atau buku catatan agar lebih memahami secara mendalam apa yang diperkatakan oleh guru. Sekurang-kurangnya kitab yang menjadi hak milik sendiri boleh diulangkaji bila dah khatam nanti.
  3. Berdoa kepada Allah agar dilapangkan masa dan kemampuan untuk hadir majlis ilmu. Kerana masa itu milik Allah, dia jualah yang berkuasa ke atasnya.

Sibuk sangatkah anda?

Khusus buat orang yang terlalu sibuk, kononnya. Tanyalah diri anda; aku nak pergi kuliah maghrib atau tidak? Kalau mahu, lakukanlah nombor satu sampai tiga di atas, saya yakin anda akan sampai ke surau atau masjid untuk kuliah maghrib tersebut. Renung kembali ayat tadi… Hanya orang yang serius sahaja akan sampai ke kuliah maghrib.

Tetapi sayang, sangka buruk saya ialah umat Islam tidak meletakkan majlis ilmu dalam takwim kehidupan mereka. Atau mungkin ada keazaman, tapi tidak kuat. Ada juga yang malu, sebab orang lain tak pergi, takkan aku nak pergi.

Semoga Allah mempermudahkan untuk orang yang ingin berubah…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: