Maksud Salam


image

Ini antara imej dan kata-kata yang selalu beredar di alam maya.

Maaf, utk frasa berkaitan salam tu, saya kurang setuju.

1. Kerana zahir maksud salam ialah sejahtera.
Rujuk surah Yasin ayat 58;

سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ

Maksudnya; (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Juga surah Al-Qadr ayat 5;
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya; Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

2. Juga,  perlu semak kesahihan sandarannya kepada TG Harun Din, sebab sebelum ini pernah terbaca disandarkan kpd Dato Ismail Kamus.

Wallahuaklam.

Advertisements

Muka baik atau muka senang kena tipu?


Jumaat, Disember 2013:

Habis sahaja solat Jumaat, terus baca doa dan beredar. Sambil menuruni jalan masuk utama Masjid Negeri, toleh kiri dan kanan. Dah dekat dengan kereta, ada seorang lelaki tiga puluhan menahan saya. Katanya, “abang saya ni baru keluar penjara. Boleh tak abang…” Dengan spontan saya pun menjawab, “saya nak ke Ipoh ni. Anak bini semua dah tunggu dalam kereta tu.” Tanpa memanjangkan bicara, lelaki tadi terus berjalan laju seiring dengan jemaah yang habis solat Jumaat. 

Saya memang tak menipu. Memang benar kami sekeluarga dalam perjalanan ke Ipoh untuk ke Kuala Kangsar keesokan harinya. Ada walimah seorang sahabat di sana. Dan memang benar dalam kereta tu, ada isteri dan anak-anak saya. Sebahagian orang akan mudah simpati dan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang meminta. Saya tidak dalam golongan itu. Mungkin itu kelemahan saya. Sebab sebelum ini pernah ditipu dan rasa teraniaya.

Sambil memandu untuk keluar dari bandar Seremban menuju ke Plaza Tol arah Utara, saya dan isteri berbincang. Beberapa persoalan timbul.

Kalaulah lelaki tadi benar-benar memerlukan pertolongan, mengapa dia bersungguh-sungguh meminta dari saya. Tapi dengan alasan yang rapuh, dia menerimanya. Mungkin dia ada nilai diri yang tinggi sehingga tidak tergamak memujuk rayu? Tidak mungkin…

Kalaulah masalah lelaki tadi tulin, mengapa dia tidak menahan orang lain yang ramai tu dan bahkan lebih hebat penampilannya daripada saya. Sebaliknya dia terus sahaja menonong, seolah-olah tiada apa yang dirisaukan. 

Saya tertanya-tanya. Kenapa saya dipilih dalam kalangan puluhan orang yang keluar masjid dan lalu depan dia tadi. Adakah kerana saya ni berkopiah dan berjambang. Adakah kerana muka saya ni muka orang baik? Ataupun adakah kerana muka saya ni nampak macam ‘boleh makan’?

Wallahu a’lam.

Nasyid Sinaran Azhar


Kepada penghuni bumi anbiya’ awal tahun 90an pasti ramai yang ingat dengan Kumpulan Nasyid Sinaran Azhar.

Atau sesiapa sahaja yang berminat dengan nasyid era 90an boleh klik link di bawah;

http://sinaranazhar.blogspot.com/2014/04/sinaran-azhar1-sinaranazhar-httpvocaroo.html?showComment=1398412497643&m=1#c4243630755714272369

Yahudi di sebalik pentadbiran Amerika | Portal Islam dan Melayu


http://www.ismaweb.net/2014/04/yahudi-di-sebalik-pentadbiran-amerika/

Bapa ambil anak berpandukan perintah Mahkamah Syariah – NYDP ISMA Seremban | Portal Islam dan Melayu


http://www.ismaweb.net/2014/04/bapa-ambil-anak-berpandukan-perintah-mahkamah-syariah-nydp-isma-seremban/

%d bloggers like this: