Muka baik atau muka senang kena tipu?

Jumaat, Disember 2013:

Habis sahaja solat Jumaat, terus baca doa dan beredar. Sambil menuruni jalan masuk utama Masjid Negeri, toleh kiri dan kanan. Dah dekat dengan kereta, ada seorang lelaki tiga puluhan menahan saya. Katanya, “abang saya ni baru keluar penjara. Boleh tak abang…” Dengan spontan saya pun menjawab, “saya nak ke Ipoh ni. Anak bini semua dah tunggu dalam kereta tu.” Tanpa memanjangkan bicara, lelaki tadi terus berjalan laju seiring dengan jemaah yang habis solat Jumaat. 

Saya memang tak menipu. Memang benar kami sekeluarga dalam perjalanan ke Ipoh untuk ke Kuala Kangsar keesokan harinya. Ada walimah seorang sahabat di sana. Dan memang benar dalam kereta tu, ada isteri dan anak-anak saya. Sebahagian orang akan mudah simpati dan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang meminta. Saya tidak dalam golongan itu. Mungkin itu kelemahan saya. Sebab sebelum ini pernah ditipu dan rasa teraniaya.

Sambil memandu untuk keluar dari bandar Seremban menuju ke Plaza Tol arah Utara, saya dan isteri berbincang. Beberapa persoalan timbul.

Kalaulah lelaki tadi benar-benar memerlukan pertolongan, mengapa dia bersungguh-sungguh meminta dari saya. Tapi dengan alasan yang rapuh, dia menerimanya. Mungkin dia ada nilai diri yang tinggi sehingga tidak tergamak memujuk rayu? Tidak mungkin…

Kalaulah masalah lelaki tadi tulin, mengapa dia tidak menahan orang lain yang ramai tu dan bahkan lebih hebat penampilannya daripada saya. Sebaliknya dia terus sahaja menonong, seolah-olah tiada apa yang dirisaukan. 

Saya tertanya-tanya. Kenapa saya dipilih dalam kalangan puluhan orang yang keluar masjid dan lalu depan dia tadi. Adakah kerana saya ni berkopiah dan berjambang. Adakah kerana muka saya ni muka orang baik? Ataupun adakah kerana muka saya ni nampak macam ‘boleh makan’?

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: