Acuan tak boleh ubah!


Masih lagi sekitar Ramadhan dan tarawih…

Berlaku di sebuah surau, Pak Imam tidak selesa sebab asyik ditegur oleh makmum. Yang makmum pula, rasa dia betul dan tindakan imam salah dan menyalahi tradisi!

Begini…
Pak Imam memulakan tarawihnya dengan surah Al-humazah pada rakaat kedua, tapi ditegur oleh makmum. Pada rakaat keenam, imam membaca surah An-nasr. Juga ditegur oleh makmum. Begitulah berlaku untuk beberapa kali. Teruskan membaca

Mulianya seorang hafiz


Bila masuk bulan Ramadhan, banyak masjid bahkan surau berbincang siapa yang akan menjami imam untuk solat tarawih. Perancangan awal dibuat untuk memastikan setiap malam ada imam yang bertugas.

Bagi masjid atau surau yang advance sikit, mereka menyediakan imam jemputan atau senang cakap imam import. Imam import ni ada banyak jenis, ada yang betul-betul import dari luar negara terutamanya Timur Tengah atau Asia Barat. Ada juga yang didatangkan dari luar kawasan sahaja tapi berstatus hafiz. Teruskan membaca

Share


image

Teguran Kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia | ismashahalam.net http://ismashahalam.net/teguran-kepada-pertubuhan-ikram-malaysia/

Ramadhan bakal meninggalkan kita


Beberapa petikan dari kalam ulamak salaf, saya terjemahkan untuk manfaat bersama.

رمضان شارف على الرحيل

Ramadhan bakal meninggalkan kita.

قال ابن الجوزي رحمه الله:
إن الخيل إذا شارفت نهاية المضمار بذلت قصارى جهدها لتفوز بالسباق .. فلا تكن الخيل أفطن منك !

Kuda, apabila semakin hampir ke garisan penamat, akan memecut sehabis laju untuk menang. Maka, janganlah hendaknya kuda lebih bijak daripada anda!! (Ibnu Al Jauzi) Teruskan membaca

Bersiaplah untuk yang pasti…


Beberapa hari bahkan minggu sebelum raya, kita dah buat persiapan untuk hari raya. Beli itu dan ini. Tukar itu dan ini. Seolah-olah raya tu kita pasti mengecapinya.

Sedangkan kita sendiri menyaksikan berapa ramai yang bersiap sakan, tapi hajat tidak kesampaian. Kerana ada yang lebih pasti telah mendahului.

Bagaimana pula persiapan kita untuk sesuatu yang memang pasti- iaitu kematian?

Share


Sangat menarik untuk dibaca.

image

Memahami Tindak Tanduk C5 MBB | Karim’s Blog http://akarimomar.wordpress.com/2014/07/03/memahami-tindak-tanduk-c5-mbb/

%d bloggers like this: