Ramadhan bakal meninggalkan kita

Beberapa petikan dari kalam ulamak salaf, saya terjemahkan untuk manfaat bersama.

رمضان شارف على الرحيل

Ramadhan bakal meninggalkan kita.

قال ابن الجوزي رحمه الله:
إن الخيل إذا شارفت نهاية المضمار بذلت قصارى جهدها لتفوز بالسباق .. فلا تكن الخيل أفطن منك !

Kuda, apabila semakin hampir ke garisan penamat, akan memecut sehabis laju untuk menang. Maka, janganlah hendaknya kuda lebih bijak daripada anda!! (Ibnu Al Jauzi)

فإنما الأعمال بالخواتيم ..
فإنك إذا لم تحسن الاستقبال لعلك تحسن الوداع !!

Setiap pekerjaan dinilai pada penghujungnya.
Jika anda tidak bagus semasa menyambut, berusahalah untuk berbuat bagus semasa berpisah.

قال ابن تيمية رحمه الله :
العبرة بكمال النهايات لا بنقص البدايات !!

Iktibar dikira dengan sempurnanya kesudahan, bukan dengan cacatnya permulaan. (Ibnu Taimiyah)

ويقول الحسن البصري رحمه الله:
أحسن فيما بقى يغفر لك ما مضى، فاغتنم مابقي فلا تدري متى تدرك رحمة الله !!

Berbuat eloklah pada baki yang ada, agar dosa anda yang lepas diampunkan. Maka rebutlah apa yang berbaki, kerana anda tidak tahu bila akan beroleh rahmat Allah. (Hasan Al Basri)

اللهم اجعل خير أعمالنا خواتيمها وخير أيامنا يوم نلقاك.

Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik amalan kami pada penghujungnya. Dan sebaik-baik hari kami ketika kami mengadapmu…

Wallahuaklam.
(Teks Arab daripada al-fadhil Us Ruzlan Abd Rahmanan)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: