Mulianya seorang hafiz

Bila masuk bulan Ramadhan, banyak masjid bahkan surau berbincang siapa yang akan menjami imam untuk solat tarawih. Perancangan awal dibuat untuk memastikan setiap malam ada imam yang bertugas.

Bagi masjid atau surau yang advance sikit, mereka menyediakan imam jemputan atau senang cakap imam import. Imam import ni ada banyak jenis, ada yang betul-betul import dari luar negara terutamanya Timur Tengah atau Asia Barat. Ada juga yang didatangkan dari luar kawasan sahaja tapi berstatus hafiz.

Yang hafiz ni pun ada yang betul-betul hafiz 30 juzuk dan ada juga yang dalam proses pembikinan. Senang cakap, belum hafaz semua. Menjemput imam hafiz telah menjadi trend masa kini. Tidak dapat dipastikan, adakah pihak pentadbir masjid memang mahukan kelainan, atau mahu ‘membantu’ pelajar tahfiz atau saja mengikut trend!

Secara peribadi, saya suka imam hafiz yang membaca ayat-ayat selain surah lazim, sesuai dengan title mereka dan sesuai dengan Ramadhan bulan Al-Quran.

Namun, beberapa perkara yang agak ‘menarik’ perhatian saya berkaitan isu imam hafiz ini. Berdasarkan pengalaman pastinya, ada masjid yang menampilkan imam muda belasan tahun, berjubah hitam dan berkopiah merah. Hebat sekali! Tapi bila mengimamkan solat tarawih, surah At-Takathur ke bawah sahaja yang dibawanya!

Ada pula masjid mendatangkan dua imam hafiz, bergilir empat rakaat setiap orang- Jumlah rakaat, lapan. Ingatkan mereka akan membawa tarawih selama setengah juzuk. Tapi sayang, setiap orang membaca tiga empat ayat sahaja untuk satu-satu rakaat.

Juga, ada imam hafiz yang dah senior. Tapi bila mengimamkan solat, membaca surah-surah lazim cuma!

Memadailah tiga contoh ini.

Apa pandangan saya, kalau imam muda dilantik untuk membaca ayat lazim, eloklah dikekalkan imam asal. Bahkan lebih afdhal mungkin.

Kalau nak bagi peluang si hafiz melancarkan bacaannya, maka menjadikan dia Imam tarawih bukanlah cara yang terbaik. Biarlah dia jadi imam tahajud sesama para huffaz. Kalau salah ada yang menegur.

Adapun yang dah senior, eloklah dihiburkan para jemaah dengan ayat-ayat yang jarang mereka dengar dalam solat fardu.

Walau apapun, masyarakat kita amat menyanjung tinggi para hafiz. Alhamdulillah…

Wallahuaklam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: