Acuan tak boleh ubah!

Masih lagi sekitar Ramadhan dan tarawih…

Berlaku di sebuah surau, Pak Imam tidak selesa sebab asyik ditegur oleh makmum. Yang makmum pula, rasa dia betul dan tindakan imam salah dan menyalahi tradisi!

Begini…
Pak Imam memulakan tarawihnya dengan surah Al-humazah pada rakaat kedua, tapi ditegur oleh makmum. Pada rakaat keenam, imam membaca surah An-nasr. Juga ditegur oleh makmum. Begitulah berlaku untuk beberapa kali.

Punca masalah, imam tidak membaca surah ikut urutan dalam Al Quran, iaitu sepatutnya bermula dengan surah At-takathur hingga ke bawah seperti yang sering dilakukan turun temurun. Akibatnya, makmum di belakang sibuk membetulkan ‘kesalahan’ imam!

Sebenarnya, apabila imam telah membaca surah Al Qadr pada rakaat pertama (separuh kedua Ramadhan), dia bebas untuk membaca sebarang surah pada rakaat kedua, asalkan lebih rendah daripada surah Al Qadr. Bahkan jika dia membaca surah yang lebih atas pun, tidaklah membawa kepada haram yang wajib ditegur.

Apabila terlalu bersandarkan kepada tradisi, bukan ilmu- maka yang senang jadi susah, yang betul jadi salah!

Kesalahan imam itu lebih kecil berbanding gangguan yang terhasil daripada teguran si makmum. Bukan imam sahaja yang terganggu, makmum lain juga turut terganggu. Inilah yang berlaku jika terlalu bersandar kepada tradisi…

Wallahuaklam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: