PELUANG SEDEKAH JARIYAH

Muslimin muslimat yang dihormati.
Assalamualaikum.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK MENAIK TARAF SURAU AR-RAUDHAH VILA SURIA DAN MENAMPUNG AKTIVITI SURAU SEPANJANG TAHUN.

Dengan hormatnya, saya menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah telah bersetuju untuk menaik taraf surau sedia ada bagi memenuhi keperluan para jemaah dari sudut keselamatan dan keselesaan. Bersama-sama ini disertakan brosur yang menjelaskan maksud. Menjadi harapan Jawatankuasa agar kerja-kerja tersebut dapat disiapkan sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak.

3. Sumbangan juga amat dialu-alukan untuk menampung aktiviti surau seperti kuliah-kuliah pengajian, ceramah bulanan, aktiviti remaja dan penyelenggaraan. Bersama-sama ini disertakan jadual aktiviti surau bagi bulan April sebagai rujukan.

image

4. Sehubungan dengan itu, pihak surau membuka peluang sedekah jariyah kepada tuan/puan sekalian. Sumbangan boleh dibuat sama ada melalui bank-in ke dalam akaun yang dinyatakan atau melalui AJK seperti tertera di dalam brosur.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan, hanya Allah jua yang akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Semoga Allah memberkati segala usaha kita.

Wassalam.

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Yang benar,
             
(AZZAHAR BIN ABD. AZIZ)
Pengerusi
Surau Ar-Raudhah Vila Suria.
BIMB 05067010004313

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: