Guru, serlahkan kehebatan mu!

Show me…

image

Memang biasa dengar penceramah cakap macam tu; kita kena bagi tunjuk ajar. Jangan suruh aje, tapi tunjuk mereka cara nak buat. Kononnya pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mampu membimbing anak buahnya. Show me… you know?

Saya suka melihat perkara ini dari sudut profesion seorang guru. Siapakah guru? Seorang guru sekurang-kurangnya memiliki Diploma – DGA29 ataupun memiliki Ijazah Sarjana Muda – DG41. Bukan calang-calang orang tau! Bukan setakat itu, seseorang itu tidak boleh dimartabatkan sebagai guru terlatih jika melalui proses takhasus atau memperolehi Diploma Pendidikan. Sekali lagi, bukan calang-calang orang!

Err… apa kaitan dengan Show me? Pada saya, show me hanya sesuai untuk budak-budak kecil yang tak tahu apa-apa, manja dan malas untuk meneroka sendiri. Tidak layak bagi seorang pemegang diploma apatah lagi ijazah untuk ditunjukkan kepadanya cara bekerja. Memadai disuruh apa yang perlu dibuat, kemudian dia usaha sendiri. Kalau tak faham, tanya dan teroka. Sebab? Awak dah graduate, bukan budak tadika atau sekolah menengah.

Maka saranan saya kepada warga pendidik, terutama yang muda-muda, janganlah down grade keupayaan anda. Anda hebat. Anda ada diploma, ijazah bahkan master. Janganlah mahu diperlakukan seperti kanak-kanak lagi. Semuanya hendak ditunjuk…

Pantun Melayu ini amat menarik perhatian saya dan berkaitan.
“Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.”
Perhati baik-baik. Saya budak baru belajar, tidaklah pula disuruh terus tunjukkan. Tapi, kalau salah barulah ditunjukkan. Maksudnya, budak yang masih belajar itu akan buat dahulu. Saya ulang, budak itu akan buat dahulu, kemudian bila salah, barulah ditunjukkan. Bukannya, belum apa-apa terus diminta tunjuk. Itu budak… Kalau graduan, macam mana?

Maka, janganlah di down grade kan taraf graduan yang para guru sekalian miliki. Sikit-sikit berpegang dengan show me, dan show me. Please la…

Selamat Hari Guru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: