Nampak baik tak semestinya betul.

 

Sebagai pengerusi surau, saya berusaha memastikan keadaan surau sentiasa kondusif dan selamat. Contohnya memastikan kipas berfungsi dengan baik, agar para jemaah surau selesa. Juga, memastikan alat siar raya dalam keadaan yang memuaskan. Terutama menjelang Ramadhan. Sebab itu kita lihat, banyak masjid dan surau melancarkan kutipan derma untuk melakukan kerja-kerja ubah suai dan naik taraf menjelang Ramadhan.

Kaedah yang digunakan adalah dengan membuka ruang kepada para penduduk taman untuk bersedekah jariah. Alhamdulillah, setakat ini jika dilancarkan sumbangan, sambutan amat memberangsangkan.

Cuma, dalam usaha membuat kebaikan, jangan lupa adab ‘masuk rumah orang’ atau adab berorganisasi. Memanglah surau dibina hasil wakaf orang ramai. Benar juga bahawa surau adalah milik orang ramai. Tapi jangan lupa, surau ada jawatankuasa yang dilantik dan diberi amanah untuk menjaga dan mengurusnya. Apa guna dilantik AJK tapi tidak dihormati kewujudan mereka.

Saya bawa contoh, kalau hendak menggunakan premis surau atau peralatan milik surau, janganlah lupa masukkan pemakluman kepada pengerusi surau dalam senarai semak tindakan penganjur program. Kalau nak pinjam LCD Projector surau contohnya, jangan lupa maklumkan pengerusi. Kalau nak dirikan binaan atas tanah surau, jangan lupa dapatkan kebenaran AJK surau. Jangan main langgar sahaja atas dasar, surau adalah wakaf dan milik umum! Ini saya namakan sebagai tidak beradab dengan agensi lain.

Contoh lain, menggantikan alat siar raya surau tanpa mendapat kebenaran daripada pengerusi surau. Menyumbang untuk surau adalah baik, tiada siapa menafikan. Tapi, bila sumbangan itu menjejaskan atau menafikan kesinambungan pahala penyumbang yang lepas, adakah suatu yang baik? Apatah lagi jika alat sedia ada boleh berfungsi dan pembaikan sedang dijalankan.

Nasihat saya kepada para pembaca, jika nak buat kebaikan terhadap premis yang ada jawatankuasa menjaganya, berhubunglah dengan AJK premis tersebut, terutama pengerusinya.

Ingatlah pesan orang-orang tua kita, “buat baik berpada-pada…” dan kata-kata, “benda baik tak semestinya betul.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: