Talkin buat PPVS

Wahai PPVS! 

Jika datang orang bertanyakan perihal mu.

Maka jawablah dengan penuh yakin; PPVS telah dibubarkan.
Memang asal mu daripada tiada, kemudian diadakan.
Daripada ada, kemudian ditiadakan.
Demikianlah sifat makhluk tiada berkekalan.
Yang maha hidup, Allah sahaja tanpa sempadan.

Wahai PPVS!
Jika mereka bertanyakan punca pembubaran mu.

Maka jawablah dengan fasih tanpa tersekat;
inilah angkara orang yang berfikiran singkat,
kononnya hendak menjadi pejuang masyarakat,
membanteras kejahatan dan maksiat.

Sedangkan diri sendiri penuh karat,
zahirnya nampak macam malaikat,
batinnya penuh dendam kesumat!

Wahai PPVS!
Janganlah engkau takut atau gentar.

Kerana mereka juga adalah makhluk seperti engkau yang lemah,
yang sakit jika ditampar dan tumbang jika diterjah,
akhirnya mati apabila maut datang menjengah.

Wahai PPVS!
Renungilah pesanan terakhir ku buat mu.

Persatuan hanyalah alat untuk mencari keredhaan Allah,
bukannya matlamat sehingga boleh mencemar maruah,
tidak juga memfitnah apatah lagi menumpah darah!

Selamat Tinggal Wahai PPVS!

Janganlah engkau berkeluh kesah.
Demikianlah adanya tersurat sudah.
Amanlah engkau dalam lipatan sejarah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: