Puasa dan pesakit batu karang.


image

Kepada yang ada kes batu karang, bulan puasa ni banyakkan minum air lepas berbuka dan waktu sahur. Ramai yang kena serangan ni pada bulan puasa, sebab kurang air. Beringatlah sebelum kena atau berulang.

Kalau rajin, buat air tembikai campur dengan gula batu- blend. Amalkan. Yang ada batu, boleh keluar. Ini diakui seorang doktor. Termasuk saya, katanya dah enam orang dia temui mengakui kemujarabannya. Tak salah mencuba.

Kalau malas, singgah mana-mana restoran beli dua gelas tanpa gula. Minum…

Kalau lagi malas, siapkan duit, latih diri tahan sakit dan banyakkan berdoa.

Pesanan ini dibawakan oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman. Juga bersandarkan hadis, agama itu adalah nasihat.

Ada seorang sahabat berkongsi petua yang boleh dicuba. Katanya, “Kalau saya petua yang diberi tebuk tembikai macam nak tengok isi tembikai. Letak tiga ketul gula batu dan embunkan. Esok pagi makan . InsyaAllah.”

Advertisements
%d bloggers like this: