Siapakah gerangannya?


Sambil menunggu jalan clear untuk melintas jalan, cermin Kancil diketuk seorang penunggang motor berbaju kemeja tanpa kopiah. Dari surau juga kalau tak silap. Tanpa fikir panjang, maklumlah baru sama-sama keluar surau, saya turunkan cermin dan kami bersalaman. Masa tu hujan rintik-rintik…

Dia: Masih sini lagi? 

Saya: Ya. Budak semua balik, asrama kosong, sembahyang kat sini.

Dia: Berapa lama lagi pencen?

Saya: Ada lagi sepuluh tahun.

Dia: Huh! Orang lagi lima tahun.

Jalan clear, takde kenderaan boleh la kita orang melintas.

Dia: Ok. Selamat…

Kami sama-sama membelok ke kanan. Sempat saya melihat plat motornya NCH4957. Lepas 50 meter dia membelok ke kiri sebelum UiTM dan saya pula terus menghala ke SHAMS.

Dalam hati tertanya-tanya, siapa ye orang tadi tu? Sembang rancak macam dah lama tak jumpa. Siapa ye…? 

Memang saya ni tak berapa ingat. Selalu aje bertegur sapa dengan orang si kedai atau pusat membeli belah. Lepas tu bila isteri saya tanya, siapa tadi tu? Saya jawab, entah. Saya tambah,  agaknya dia pernah ikut kuliah saya atau dengar khutbah Jumaat yang saya bacaan. Agaknya la… Dalam hal ni, mulut kena manis dan kena cepat respon. Kalau tidak orang akan kata kita sombong. Sebenarnya bukan sombong, tapi lupa.

Atau, mungkin orang tadi salah orang. Cuma bila saya layan macam pernah kenal dia pun teruskan soalan berikutnya. Silap-silap bila sampai ke rumah, dia pun bertanya diri sendiri; aku salah orang ke tadi? Tak mustahil…

Apapun, bertegur sapa dan bersalaman adalah amalan mulia.

Jom amalkan..!

Advertisements

Tinggalkan topi tu…


image

Siapa tahu, apa beza topi putih dengan topi kuning?

“Bila masuk taman perumahan kita, tinggalkan topi yang dipakai semasa kerja di pintu masuk taman. Jangan bawa masuk pakai dalam taman.

Esok, bila nak pergi kerja ambil dan pakai semula.”

Apa maksudnya tu? Teruskan membaca


image

Siapa tahu, apa beza topi putih dengan topi kuning?

“Bila masuk taman perumahan kita, tinggalkan topi yang dipakai semasa kerja di pintu masuk taman. Jangan bawa masuk pakai dalam taman.

Esok, bila nak pergi kerja ambil dan pakai semula.”

Apa maksudnya tu? Teruskan membaca

Insaflah… Berpisah itu kembar bersatu.


Semasa sedang memandu dalam siri ziarah raya di kampung, isteri saya berkata; imam surau dah tak pergi surau sekarang. Pengerusi pun tak pergi…

image

Surau Al-Aziziah (sebelum baik pulih)

Tersentak saya seketika. Tapi, segera dapat difahami.

Apa yang anda faham bila membaca kenyataan ini; Imam dan pengerusi surau dah tak ke surau lagi”?

Apa dah jadi?

Teruskan membaca

%d bloggers like this: