Insaflah… Berpisah itu kembar bersatu.

Semasa sedang memandu dalam siri ziarah raya di kampung, isteri saya berkata; imam surau dah tak pergi surau sekarang. Pengerusi pun tak pergi…

image

Surau Al-Aziziah (sebelum baik pulih)

Tersentak saya seketika. Tapi, segera dapat difahami.

Apa yang anda faham bila membaca kenyataan ini; Imam dan pengerusi surau dah tak ke surau lagi”?

Apa dah jadi?

Ye,  dalam hal ehwal surau dan masjid pun orang boleh bergaduh dan berpecah belah. Macam mana umat Islam nak kuat? Itu surau. Kalau persatuan, pejabat dan negara lagilah berpecah dan bergaduh besar…

Orang yang dahulunya mengajak jemaah supaya merapatkan dan meluruskan saf, kini mereka pula yang bukan merenggangkan saf bahkan tak datang langsung ke surau! Orang yang dahulunya memberi tazkirah supaya memakmurkan surau, mereka pula yang menjauhkan diri.

Apa dah jadi?
Teruk sangatkah jemaah surau sampai imam dan pengerusi pun menghilangkan diri? Atau, teruk sangatkah imam dan pengerusi sehingga tak datang ke surau lagi?

Atau, masalahnya pada diri kita sendiri yang cepat fikir negatif?

Sebenarnya, imam dan pengerusi dah lama meninggal dunia. Manakan mungkin mereka ke surau lagi. Giliran kita pasti tiba menyusuli mereka.

Insaflah….

image

Foto hiasan.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali Imran: 185)

(Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum Haji Hairi Pangat (Pengerusi), Imam Kawangit dan Imam Samsi serta yang lain, yang telah dahulu meninggalkan kami… Warga Surau Al-Aziziah, Kampung Jalan Kebun pasti kehilangan mereka. Al-Fatihah…)

Lagi
Catatan saya berkaitan Surau Al-Aziziah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: