Tinggalkan topi tu…

image

Siapa tahu, apa beza topi putih dengan topi kuning?

“Bila masuk taman perumahan kita, tinggalkan topi yang dipakai semasa kerja di pintu masuk taman. Jangan bawa masuk pakai dalam taman.

Esok, bila nak pergi kerja ambil dan pakai semula.”

Apa maksudnya tu?

Jawapan yang biasa kita dengar adalah;
Tinggalkan pangkat dan jawatan di luar sana, supaya dapat bergaul mesra dengan orang lain tanpa terikat dengan kebiasaan di tempat kerja seperti mengarah dan memerintah atau minta dihormati lantaran pangkat yang tinggi.

Saya suka untuk menambah dengan;
Jangan tinggalkan ilmu dan kemahiran yang ada dalam topi tu kat luar taman. Bawalah masuk bersama agar dapat menyumbang idea dan kepakaran demi kebaikan warga taman. Jangan sampai nanti orang kata ijazah bergulung, pangkat menggunung tapi jadi perosak dalam taman atau diam tanpa sebarang sumbangan.

Begitulah ragam hidup kita.

Yang kerjanya pakai topi putih atau kuning macam dalam foto tu, janganlah berkecil hati. Itu contoh sahaja. Sebab pengarah, pengurus, pensyarah dan ramai lagi memang tak pakai topi semasa bekerja. Tapi mereka pun termasuk dalam perbincangan ini selagi mana ada pangkat dan kuasa.

Lebih malang, yang pangkat tak setara mana, tapi lagaknya mengalahkan… Aduhai!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: