Siapakah gerangannya?

Sambil menunggu jalan clear untuk melintas jalan, cermin Kancil diketuk seorang penunggang motor berbaju kemeja tanpa kopiah. Dari surau juga kalau tak silap. Tanpa fikir panjang, maklumlah baru sama-sama keluar surau, saya turunkan cermin dan kami bersalaman. Masa tu hujan rintik-rintik…

Dia: Masih sini lagi? 

Saya: Ya. Budak semua balik, asrama kosong, sembahyang kat sini.

Dia: Berapa lama lagi pencen?

Saya: Ada lagi sepuluh tahun.

Dia: Huh! Orang lagi lima tahun.

Jalan clear, takde kenderaan boleh la kita orang melintas.

Dia: Ok. Selamat…

Kami sama-sama membelok ke kanan. Sempat saya melihat plat motornya NCH4957. Lepas 50 meter dia membelok ke kiri sebelum UiTM dan saya pula terus menghala ke SHAMS.

Dalam hati tertanya-tanya, siapa ye orang tadi tu? Sembang rancak macam dah lama tak jumpa. Siapa ye…? 

Memang saya ni tak berapa ingat. Selalu aje bertegur sapa dengan orang si kedai atau pusat membeli belah. Lepas tu bila isteri saya tanya, siapa tadi tu? Saya jawab, entah. Saya tambah,  agaknya dia pernah ikut kuliah saya atau dengar khutbah Jumaat yang saya bacaan. Agaknya la… Dalam hal ni, mulut kena manis dan kena cepat respon. Kalau tidak orang akan kata kita sombong. Sebenarnya bukan sombong, tapi lupa.

Atau, mungkin orang tadi salah orang. Cuma bila saya layan macam pernah kenal dia pun teruskan soalan berikutnya. Silap-silap bila sampai ke rumah, dia pun bertanya diri sendiri; aku salah orang ke tadi? Tak mustahil…

Apapun, bertegur sapa dan bersalaman adalah amalan mulia.

Jom amalkan..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: