Peraturan dan budi bicara

Suatu hari, ketika sedang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan seperti biasa, Pak Itam membenarkan seorang pelanggan berurusan di kaunter tanpa perlu menunggu lama. Ada seorang lelaki lain tidak berpuas hati terus berjumpa Pak Itam.

Lelaki: Pakcik, kenapa orang tu dapat dulu?  Pada hal saya datang lebih awal?

Pak Itam: Dia ada hal penting nak dia uruskan.

Lelaki: Saya pun ada hal juga. Tak adillah macam ni.

Pak Itam: Betul, encik pun ada hal. Tapi orang tadi jumpa saya ceritakan hal dia, tapi encik tidak.

Lelaki itu pun tak berkata apa-apa terus duduk… 

Gambar hiasan.


Dalam hidup ini perlu ada peraturan untuk menyusun dan memudahkan kehidupan manusia. Secara umumnya begitulah. Amat sukar kita jumpa komuniti yang hidup harmoni hanya berdasarkan persefahaman sesama mereka tanpa peraturan atau undang-undang.

Namun, ada masanya budi bicara mengatasi peraturan tersebut selagi mana tidak memudaratkan ahli komuniti yang lain. Sebab itu, kalau nak berurusan dengan orang lain, mulakanlah dengan doa kepada Allah dan manis muka serta tutur kata yang sopan.

Kisah di atas diceritakan sendiri oleh Pak Itam kepada saya. Masih hidup lagi dia sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: