Senaman tiada jamak.

Ya. Kita biasa dengar solat jamak kan? Sama ada jamak taqdim ataupun jamak takhir. Tapi pernah tak dengar senaman yang dijamakkan? Memang tak pernah dengar tapi selalu dibuat. Mohon terasa… Sedangkan senaman tak boleh dijamak. 

Kepada yang suka joging, jangan lupa angkat berat ye…

Apa maksud jamak senaman? Maksudnya adalah kita menghimpunkan senaman pada hujung minggu dengan memakan masa selama dua tiga jam. Lantas kita berpuas hati. Kononnya lama bersenam hari ni untuk cover minggu lepas punya. Ini jamak takhir. 

Atau, bersenam dua tiga jam kemudian beranggapan minggu depan boleh relax, tak payah bersenam! Ini jamak taqdim. 

Sebab itu kalau jumpa doktor atau pakar kecergasan mereka akan nasihatkan supaya buat senaman paling kurang tiga kali seminggu dan setiap sesi hendaklah selama tiga puluh minit. 

Bahkan ada yang lebih ekstrim, tak perlu lebih tiga kali dan tak perlu lebih tiga puluh minit. Sebab hasilnya adalah sama. Percayalah…

Saya nampak di sini ada unsur kesederhanaan dalam bersenam dan unsur disiplin. Dua-dua unsur ini sangat penting selepas ilmu dan kemahiran.

Jom!  Selalu bersenam dan tak perlu lama.

Peringatan untuk diri sendiri dan orang-orang muda. Jangan jadi macam acik… Hu hu..! 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: