Handphone: Kini, baru ku tahu…!


Kat atas tu tiga handphone (sebenarnya smartphone) yang pernah saya gunakan. Yang paling kecil, beli di Low Yat. Orang kata, elakkan beli kat situ. Alhamdulillah, saya bernasib baik, puas memakainya. Sampai la ke saat bila caj tak masuk. Caj tak masuk.. Beli yang baru… Teruskan membaca

Advertisements

Ekspedisi jelajah Tanjung Tuan


Bukit Batu Putih, tahu kat mana? Kat Port Dickson aje. Lebih tepat di Tanjung Tuan, PD.

Alhamdulillah, pada hari Khamis 14 Disember 2016 saya dan enam orang anak murid SMKA SHAMS dan Encik Jailani (bapa Aiman Adib) berjaya menjelajah sebahagian besar Tanjung Tuan. Pada asalnya, saya kurang berminat untuk mendaki Bukit Batu Puti ni, kerana dikhabarkan tak berapa tinggi, setengah jam dah sampai. Memandangkan dah berjanji dengan mereka untuk hiking musim cuti sekolah ni, saya bawa ke sana. Sama-sama tak pernah naik walaupun hanya 40 minit sahaja dari Seremban.

 

Dari kiri; Shahrul, Affan, Zuhairi, Aiman, Fitri, Hafiq, Jailani dan saya.

Pintu masuk ke Tanjung Tuan ni betul-betul depan Ilham Resort. Bayar seringgit, boleh naik. Perjalanan awal sangat mudah kerana melalui jalan tar. Dalam hati berkata, memang tak mencabar langsung. Macam naik ke Bukit Jugra, Banting saja. Lebih kurang 15 minit, nampak rumah api. Aik, dah sampai! Rupanya, di sebelah kanan jalan ada tanda arah ke Bukit Batu Putih, melalui trek hutan. Wah, ini baru mencabar! Naik turun, naik turun dalam 15 minit sampai ke puncak. Ada batu besar yang curam, kena panjat dan…. nampaklah laut dan pemandangan yang sungguh indah. Subhanallah! Akhirnya, sampai juga… (Peta: A-G-B)

Keseluruhan 6 km, selama 4 jam termasuk rehat.

Macam biasa, posing ambil gambar. Standard la, buat kenang-kenangan. Bukti dah sampai.

Jom turun… Ops! Nanti dulu.. “Ustaz, nampak ada trek turun ni. Jom kita turun…”, kata Affan. Alang-alang dah sampai, jomm…! Memang menurun dan terus turun senang aje.. sampai ke batu-batu yang dihempas ombak. Cantik sungguh.. Ambil gambar lagi. 


Bila dah turun, sampailah masa untuk naik. Saat ini paling mencabar. Baru terasa nikmatnya naik bukit. Masa ni, tongkat amat diperlukan. Masing-masing mencungap bila sampai ke batu putih semula.


Melepaskan lelah masing-masing.

Jom kita tengok rumah api. Dan mencanak mereka lari meninggalkan saya dan Jailani. Biasa la tu.. Sampai aje ke rumah api, tak sempat nak posing, dah diajak ke arah Pulau Intan. Laluannya cantik dan berinformasi. Rupanya Tanjung Tuan adalah lokasi persinggahan beberapa spesis burung dari Australia dan Indonesia. Nak tengok, datang la bulan Februari dan Mac.

Sampai pertengahan jalan, rehat sekejap. “Kalau ada makanan, best ni.. Lapar..”, keluhan seseorang. Sayapun keluarkan biskut yang dibawa, makan bersama. Berselera… Makan biskut aje pun. Barulah dia orang cakap, sebenarnya kita orang tak sempat sarapan tadi. Laa…! Sampai di tempat berkumpul terlalu awal warung pun tak buka lagi. Sebab takut kena tinggal, masing-masing datang awal. Ha Ha..! Mujur ada biskut untuk alas perut.

Ada rupa orang kelaparan tak?

Jom teruskan, ke Pulau Intan. Tapi macam jauh lagi, patah balik… (Peta: C-B-D-E)

Macam biasa, mereka dah turun dulu dan tunggu di tepi jalan. Ada sign board tentang Pulau Masjid. “Ustaz, kalau ikut peta ni, kalau kita ke Pulau Masjid ada jalan ke tempat kita mula masuk tadi,” hujah si Affan lagi. Disambut oleh Jailani, “jom!”. Turun la kita semua menuju ke Pulau Masjid. Laluan turun bagus pada awalnya. Ada laluan konkrit, ada gazebo dan tong sampah. Elok terurus. Lepas tu, trek hutan macam biasa. Akhirnya sampai ke lokasi yang ada pondok, bilik air dan perigi. Boleh jadi camp site dengan bayaran empat ringgit seorang semalam. Rehat kejap… (Peta: E-D-G-H)

Camp site.. Boleh tahan.

Encik Jalani sempat membasuh muka dengan air perigi ni.. Air bersih.

Gazebo menuju Pulau Masjid.

Jom sambung perjalanan.. Kali ini agak mencabar. Trek dah hilang. Banyak pokok tumbang. Yang pasti kena menyusur pantai. Lereng yang tinggi dan curam, jadi pilihan pertama. Tapi gagal sebab bahaya dan tak sampai ke mana. Turun semula. Kali ini ikut pantai, mujur air surut. Jalan sikit, macam buntu juga. Hutan bakau! Tapi semangat anak lelaki yang ada kejantanan, rempuh saja hutan bakau tu. Hutan yang kali pertama dilalui dalam hidup saya separuh abad ni. Alhamdulillah, akhirnya jumpa trek. Dapatlah kami kembali ke pangkal jalan.. (Peta: H-I-J-A)

Lereng yang curam memang mencabar.

Terima kasih kepada Zuhairi, bagi saya pinjam power bank sehingga gambar dan video serta peta laluan dapat dirakam sempurna.

Rumusan.

  1. Kalau nak hiking di Bukit Batu Putih, jangan naik puncak saja. Pergi ke tempat-tempat lain juga, pasti berbaloi.
  2. Sebelum keluar, sarapan dulu. Amalkan sarapan di awal pagi.
  3. Jangan lupa bawa air dan makanan agar tak kebuluran dan perjalanan lebih menyeronokkan lagi bertenaga.
  4. Serlahkan kejantanan anda dengan berani meneroka dan tidak mudah putus asa.
  5. Untuk kepuasan merakam, bawa power bank.

Keputusan Permohonan ke Tingkatan Satu SMKA SHAMS Tahun 2017


Keputusan Kemasukan Murid Tingkatan Satu SMKA Sheikh Haji Mohd Said 2017 boleh disemak di laman web http://www.jpnns.moe.gov.my.

Calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara online di https://goo.gl/KNM3vD. 

Semakan boleh dibuat bermula jam 5.00pm 16.12.2016. 
Dari Ketua Sektor Pend.Islam, JPNNS.
👆Untuk makluman, jika ada yang bertanya.

%d bloggers like this: