Handphone: Kini, baru ku tahu…!

Kat atas tu tiga handphone (sebenarnya smartphone) yang pernah saya gunakan. Yang paling kecil, beli di Low Yat. Orang kata, elakkan beli kat situ. Alhamdulillah, saya bernasib baik, puas memakainya. Sampai la ke saat bila caj tak masuk. Caj tak masuk.. Beli yang baru…

Yang kedua beli di kedai JJS2. Sebagai Pengerusi Kelab Sony yang tidak bertauliah, tetap dengan Sony. Kali ini Experia P yang lebih baik dari yang lama. Orang kata Sony terkenal dengan hasil gambarnya yang cantik. Entah! Tapi, memang cantik pun berbanding kualiti handphone yang lain.. Jangan mare … Sampai ke saat bateri cepat habis. Baru sampai sekolah, sebelum rehat dah habis! Apahal? Kawan-kawan kata, dah lebih dua tahun, boleh dah tukar tu. Maka, beralih la ke Experia Z Ultra. Dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Betul tak?

Pilihan kali ini dengan skrin yang lebih besar, sebab mata dah mula kabur. Lebih power, setoran lebih besar, bateri tahan lama dan kalis air. Apa kelebihan handphone besar? Yang pasti, kalau jatuh tandas, tak terus masuk lubang. Serius! Dah dua kali berlaku; jatuh tapi tersangkut aje kat lubang tu. Selamat… Kalau ada aktiviti luar terutama air, boleh ambil gambar dengan yakin. Tanpa was-was!

Namun, jodoh bersama Sony ZU ni macam dah sampai ke penghujung. Dah buat hal. Mulanya saya off kan untuk caj semalaman. Biasa aje buat macam tu. Esok, bila nak on, dibuatnya restart dan restart berulang kali. Biar dulu… Cuba lagi, sama. Biar dan cuba, masih sama. Search juga cadangan penyelesaian dalam Google. Takde yang menyelesaikan masalah. Maka, teringatlah saya kepada Experia P yang dah lama dah guna tu.

Pepatah orang tua kita, kalau tak dapat rotan, akar pun berguna juga. Nak beli handphone baru, tak mampu. Ye la, dah biasa pakai yang canggih, takkan nak pakai yang Cap Ayam kan? Lagipun hujung tahun ni, baju sekolah anak belum beli lagi. Lapang rasanya bila ada akar penyambung hayat komunikasi. Namun, baru saya tahu secara pasti apa beza handphone murah dengan mahal, yang canggih berbanding yang biasa-biasa aje.. Bukan setakat membaca spesifikasi sahaja, tapi mengalaminya sendiri.

Pertama, dari segi kelajuan memproses. Kita nak yang jenis touch terus keluar. Bukannya touch, kena tunggu baru keluar! Ambil gambar pun macam tu, makan masa untuk proses.

Kedua, kita tak dapat menikmati kelajuan sebenar LTE, hanya setakat HSPA sahaja. Biarpun melanggan telco yang menawarkannya, sebab handphone generasi lama. Rugi kan?

Ketiga, dari segi kapasiti aplikasi dan gambar serta video yang boleh di install atau simpan. Contohnya, bila nak buka email, keluar mesej bagi tau  email tidak dapat dikemaskini sebab ruang dah penuh. Macam tu juga kalau nak install aplikasi yang perlu. Kena pula aplikasi yang mesti install dalam built-in memory, tak boleh pindah ke internal memory. Memang cepat penuh. Patut la ramai mengadu handphone dia slow dan berat. Sedangkan semasa pakai Sony ZU saya tak pernah pun hadapai masalah tu. Perbesaan yang sangat ketara. He he..!

Kesimpulannya, kalau nak beli handphone baharu, ikut la bajet sendiri. Itu paling penting.

Carilah yang memenuhi keperluan anda. Sebagai contoh, Sony ZU biarpun saiznya besar, tapi banyak membantu saya menulis catatan mesyuarat dan terus kongsi selepas habis mesyuarat.

Pastikan memilih prosesor yang laju dan menyokong external memory. Sekarang semua orang nak cepat, handphone pun kena cepat buat kerja.

Kalau minat ambil gambar dan aktiviti outdoor, kena tambah ciri lain.

Wallahuaklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: