Tanjung Piai: Perjalanan, Keinsafan dan Keakraban.


Alhamdulillah, pada 26 Januari lepas berjaya melengkapkan perjalanan ke Penghujung Benua Asia di Tanjung Piai, Pontian, Johor. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang tiga jam amat berbaloi dengan ditemani oleh anak-anak murid seramai dua belas orang.

Binaan berbentuk glob ini adalah tanda kepada penghujung Benua Asia arah Selatan, arah utara tak mungkin untuk sampai. Dapat salah satu pun sudah memadai. Mercu ini menginsafkan tentang penghujung usia kita yang tak tahu entah bila, tapi pasti tiba. Juga mengingatkan kepada penghujung dunia yang bakal tiba.

Tugu yang besar menyambut para tetamu di sebelah kiri laluan masuk. Wajib bergambar di situ. Bayaran masuk cuma RM3.00 seorang, berbaloi… Tanjung Piai ini destinasi pelancongan yang laluannya adalah jeti papan di atas laut hutan bakau. 

Anak murid saya. Antum memang hebat…

Asalnya menara ni tinggi, tetapi ketinggiannya telah ditewaskan oleh pokok bakau.

Bersama Abang Beni, pemandu van kami. Tahun depan pencen.

Di belakang kami adalah hutan bakau yang luas dan di hadapan pula adalah lautan yang dipenuhi kapal-kapal besar. Terasa kerdilnya diri ini.. 

Pada saya, perjalanan ini bukan sahaja menemukan saya dengan sesuatu yang menginsafkan tetapi menambahkan lagi keakraban dengan anak-anak SHAMS.

Advertisements

KARNIVAL LEPASAN SEKOLAH 


Khusus buat lepasan SPM / STPM…


KARNIVAL LEPASAN SEKOLAH PALING GEMPAK DI MALAYSIA KEMBALI LAGI!

Banyak yang telah mendapat manfaat dari program ini, anda bila lagi?

=========================

KARNIVAL LEPASAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2017

Anjuran bersama Kelab Remaja Isma (KRIM) Negeri Sembilan  dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Sembilan

=========================

Apa yang anda dapat dari program kali ini?
🎓Motivasi Halatuju selepas sekolah 

📝 Tips & Peluang Memilih Biasiswa

🔬 Pameran Pelbagai Bidang Kerjaya

🔍Survival dan Cabaran Kampus

=========================

📆TARIKH   : 21 Januari 2017

⌚️MASA  : 8.00 pagi – 5.00 petang

🏡TEMPAT : Paroi Hall 4, Senawang Exhibition & Convention Centre (SECC), Senawang 
📢Pendaftaran awal sebelum 10 Januari 2017 (RM20/Individu) 

– Selepas 10 Januari 2017 (RM25/individu) 

– Daftar berkumpulan 5 orang ke atas (RM18/Individu) 
🏧 Buat pembayaran yuran ke Akaun Bank Islam Kelab Remaja Isma Negeri Sembilan. 

( 05012010070606) 
=========================

Berminat?

📲SMS/Whatsapp/Hubungi:

👉 017 6837541(Bro Alif)

👉013 6467969(Sis Azimah)
🌐Atau anda boleh mendaftar secara atas talian di:

http:bit.ly/daftarkls2017

💻FB official KLS N9:

https://www.facebook.com/KLSNS/

📢DAFTAR SEGERA!

Terhad kepada 300 peserta sahaja.

%d bloggers like this: