Cara selamatkan tabung masjid dari dipecahkan 


Tabung masjid atau surau sering menjadi sasaran penjenayah kecil-kecilan. Jumlah yang diperoleh tidaklah sebesar mana berbanding usaha dan risiko yang perlu ditanggung.

Antara langkah dilakukan pengurusan masjid adalah dengan mengosongkan tabung setiap minggu, terutamanya selepas solat Jumaat. Sebab biasanya pada hari Jumaat kutipan paling tinggi.

Ada yang memasang CCTV untuk menakutkan penjenayah atau memudahkan pihak polis mengesan jika tabung dipecahkan. Bergantung kepada mutu rakaman dan wajah penjenayah mudahlah untuk mengesan kembali. Kalau tidak, hampa saja…

Kalau masjid ada banyak tabung, antara langkah mengelakkan tabung dikopakkan adalah dengan membiarkan tabung tersebut terbuka tanpa dikunci. Dengan cara ini si penjenayah tak berminat untuk mengumpil tabung tersebut. Tabung pun tak rosak. Betul tak? 

Cara ni boleh dikategorikan sebagai berfikir di luar kotak. Idea yang lain dari biasa. Hati pun tak sakit, duit pun tak perlu keluar.

OK, itu saja yang nak dikongsikan. Bye..

Advertisements

Upline aku…


Bismillah…

Biasalah kalau hari raya mesti ziarah upline kita dulu. Rumah kengkawan, jiran dan anak murid jatuh nombor dua. Johol, antara destinasi wajib saya. Kampung Berambai, Johol tanah tumpah darahku.. Sebelum ni saya pernah cerita pasal lokasi tu. Kali ni nak cerita pasal upline sebelah emak pulak.

Nama saya Azzahar bin Jahrah binti Munah binti Nian binti Bantut PJK. Bukan silap tulis, memang macam tu.. Kan dah kata tadi, belah emak.. He he..!

Nian binti Bantut PJK. Semoga Allah merahmati rohnya…

Nian tu arwah moyang saya. Dalam tahun 1980 dia masih hidup lagi. Lupa pula bila dia meninggal dunia. Rumah pusaka dia adalah destinasi wajib kami ziarah. Apa taknya, depan rumah dia tu ada rumah kecil- rumah uwan saya dan tempat saya dilahirkan. Sekarang rumah pusaka tu dah lama tak ada, rata…

Masih ingat lagi, arwah moyang pernah bercerita kepada rakannya yang datang berziarah. Cicitnya yang seorang tu bersekolah di sekolah agama kat Seremban. Pengetuanya Ustaz Yusuf, anak Pak Cu Ahmad – Masjid Tua, Johol. Bangga dia bercerita pasal cicitnya sebab sekolah agama. Saya la cicit dia tu… Dan Pak Cu Ahmad tu guru mengaji kepada ayah saya. Berulang dia dari Lending ke surau Pak Cu Ahmad. Kalau dah lewat malam, tidur aje kat surau tu dengan rakan sepengajian yang lain. Makanya, Ustaz Yusuf tu dengan ayah saya kira kawan la… 

Kalau sebut Ustaz Yusuf Johol, orang Negeri Sembilan tau la.. Itulah dia Sohibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Nak sedap cerita, masa saya temuduga untuk dapat tauliah mengajar dulu, Dato’ Mufti yang jadi panel. Lepas meneliti dokumen saya, terus dia tanya pasal ayah saya, adik beradik dia dan keluarga saya sendiri. Maklum la, kawan dia kan..? 

Antara adik beradik uwan saya yang masih hidup ialah Tuan Haji Mohd Din bin Nian. Panggilannya Tok Teh, tinggal di Kampung Malok, belakang pekan Johol. Bekas pegawai KEMAS. Sentiasa kemas dan peramah orangnya. Orang kuat adat memegang title Datuk Senara, Lembaga Johol. Details saya tak tau. Mahap yo…

Zahid 5 tahun, dipeluk oleh Moyang Atehnya. Engkau ada..?

Rumah beliau wajib diziarahi tiap kali raya. Kalau sampai, pasti saya dipeluk dan diciumnya. Dari kecil dulu kena peluk cium, sampai la dah tua beruban ni.. Begitulah peramahnya Tok Teh.

Untuk tidak menyembunyikan fakta, uwan saya tu namanya Munah binti Yaakub. Manakala Tok Teh pula Mohd Din bin Mohd Noor. Kenapa bin tak sama? Sebab adik beradik satu ibu lain bapa. Maklum la orang dulu-dulu kan.. Kita pun keliru juga. Kalau tak bertanya memang tak tau. Paling penting, orang tua kena bawa anak-anak berjalan dan perkenalkan. 

Penangan Mengantuk 


Hari ni bawa anak-anak ke Masjid untuk solat tarawih. Bacaan imamnya boleh tahan. Jemaah pun masih ramai. Hajat di hati nak solat lapan rakaat sahaja. Lepas lapan rakaat, imam baca doa. Sedap macam biasa. Saya pun tengok kiri kanan kot ada ruang untuk keluar.  Wah! Apasal malam ni takde yang keluar lepas lapan rakaat? Saya pun tambah lagi dua, biar cukup sepuluh. Mungkin lepas sepuluh nanti, ramai yang keluar, kata hati saya.

Assalamualaikum warahmatullah…  Alhamdulillah, selesai sepuluh. Saya pun bangun, sambil bagi isyarat kepada anak-anak, Jom balik! Memang bagus jemaah masjid ni, takde yang keluar! Dia orang buat dua puluh rakaat agaknya. Zaman sekarang, bukan senang nak jumpa masjid yang semua jemaahnya solat dua puluh rakaat. Syukur…

Semasa menuju ke kereta, Faiz bertanya; kenapa Abi solat enam rakaat aje? Ya Allah! Terperanjat saya. Patut la takde jemaah yang keluar, aku yang silap rupanya! Dengan selamba saya menjawab, Abi sakit perut. Memang kebetulan masa tu perut kurang selesa. Bukan menipu tau. 

Hebatnya penangan mengantuk…! 

Sambil membelokkan kereta, saya sempat memandang ke arah masjid.  Ramai yang menderu keluar macam biasa.. Lapan rakaat saja.. He he… 

Lagi peluang sedekah jariyah… 


Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Maahad Tahfiz Al Fateh mensasarkan jumlah kutipan sebanyak 2 Juta ringgit. 

Jumlah ini sangat diperlukan bagi membantu meringankan beban kos pembinaan bangunan asrama, kelas dan pejabat, kerja -kerja tanah serta pengoperasian Maahad Tahfiz Al Fateh 2018

Jom  bina mahligai di syurga  melalui infaq berupa belian lot Sumbangan Tunai Pembangunan Maahad Tahfiz Al Fateh, Batang Kali, Selangor_

*✅HANYA RM25.00 UNTUK 1 LOT*

*✅HANYA RM25.00 UNTUK 1 LOT*

✅Boleh juga dihadiahkan kepada ahli keluarga khususnya *ibu bapa*❤ kita sama ada yg masih hidup atau yang telah meninggalkan kita. Hadiah yg bermakna menjadi  sadaqah jariah pahala yg berpanjangan. 

☎Sebarang pertanyaan silakan PM di 019 3542769
✅Tuan/Puan boleh bank-in terus ke akaun pengendali Maahad Al-Fateh iaitu

Pusat Latihan Dan Tahfiz Bersepadu Sdn Bhd

5628 3463 2065 – MAYBANK

12029 0100 73969 – BANK ISLAM

✅Sila wazzap/telegram bukti bank in/transfer, Bilangan lot ke 019 3542769

✅ Jika anda ingin menyumbang (Lot Sumbangan Tunai) secara ONLINE? M2U, Cimbcliks dan lain lagi

KLIK—> http://billplz.com/lotsumbangantunai

✅ Moga infaq tuan puan akan menjadi JARIYAH yg pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menemui Allah nanti.

✅Jom kita melabur untuk saham akhirat di bulan Ramadan yang mulia

%d bloggers like this: