Upline aku…

Bismillah…

Biasalah kalau hari raya mesti ziarah upline kita dulu. Rumah kengkawan, jiran dan anak murid jatuh nombor dua. Johol, antara destinasi wajib saya. Kampung Berambai, Johol tanah tumpah darahku.. Sebelum ni saya pernah cerita pasal lokasi tu. Kali ni nak cerita pasal upline sebelah emak pulak.

Nama saya Azzahar bin Jahrah binti Munah binti Nian binti Bantut PJK. Bukan silap tulis, memang macam tu.. Kan dah kata tadi, belah emak.. He he..!

Nian binti Bantut PJK. Semoga Allah merahmati rohnya…

Nian tu arwah moyang saya. Dalam tahun 1980 dia masih hidup lagi. Lupa pula bila dia meninggal dunia. Rumah pusaka dia adalah destinasi wajib kami ziarah. Apa taknya, depan rumah dia tu ada rumah kecil- rumah uwan saya dan tempat saya dilahirkan. Sekarang rumah pusaka tu dah lama tak ada, rata…

Masih ingat lagi, arwah moyang pernah bercerita kepada rakannya yang datang berziarah. Cicitnya yang seorang tu bersekolah di sekolah agama kat Seremban. Pengetuanya Ustaz Yusuf, anak Pak Cu Ahmad – Masjid Tua, Johol. Bangga dia bercerita pasal cicitnya sebab sekolah agama. Saya la cicit dia tu… Dan Pak Cu Ahmad tu guru mengaji kepada ayah saya. Berulang dia dari Lending ke surau Pak Cu Ahmad. Kalau dah lewat malam, tidur aje kat surau tu dengan rakan sepengajian yang lain. Makanya, Ustaz Yusuf tu dengan ayah saya kira kawan la… 

Kalau sebut Ustaz Yusuf Johol, orang Negeri Sembilan tau la.. Itulah dia Sohibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Nak sedap cerita, masa saya temuduga untuk dapat tauliah mengajar dulu, Dato’ Mufti yang jadi panel. Lepas meneliti dokumen saya, terus dia tanya pasal ayah saya, adik beradik dia dan keluarga saya sendiri. Maklum la, kawan dia kan..? 

Antara adik beradik uwan saya yang masih hidup ialah Tuan Haji Mohd Din bin Nian. Panggilannya Tok Teh, tinggal di Kampung Malok, belakang pekan Johol. Bekas pegawai KEMAS. Sentiasa kemas dan peramah orangnya. Orang kuat adat memegang title Datuk Senara, Lembaga Johol. Details saya tak tau. Mahap yo…

Zahid 5 tahun, dipeluk oleh Moyang Atehnya. Engkau ada..?

Rumah beliau wajib diziarahi tiap kali raya. Kalau sampai, pasti saya dipeluk dan diciumnya. Dari kecil dulu kena peluk cium, sampai la dah tua beruban ni.. Begitulah peramahnya Tok Teh.

Untuk tidak menyembunyikan fakta, uwan saya tu namanya Munah binti Yaakub. Manakala Tok Teh pula Mohd Din bin Mohd Noor. Kenapa bin tak sama? Sebab adik beradik satu ibu lain bapa. Maklum la orang dulu-dulu kan.. Kita pun keliru juga. Kalau tak bertanya memang tak tau. Paling penting, orang tua kena bawa anak-anak berjalan dan perkenalkan. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: