Ta’aruf

Azzahar bin Abd. Aziz.

Kelahiran tahun 1967 di Kg. Berambai, Johol, Negeri Sembilan. Pendidikan rendah di SR Panglima Adnan, Bagan Pinang, Port Dickson. Pendidikan menengah rendah di SMKU Seremban (1980-1982) dan Kolej Islam Klang (1983-1986). 1987 di Madrasah An-Nahdah, Bukit Besar, Kedah sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar pada penghujung tahun yang sama dalam bidang Syariah Islamiah.

Pernah bekerja di pusat tuisyen (1 tahun), mengajar di SMK Jalan Kebun, Klang (7 tahun), bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor (6 tahun) di Kementerian Pendidikan Malaysia (1 tahun),  di Sekolah Mnengah Agama Rantau sebagai Pen. Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) (6 tahun). Mulai Disember 2015, saya bertugas di SMKA Sheikh Haji Mohd Said pula, masih sebagai PK HEM.

Isteri saya, Nadzrohtusadah Muhamad, berasal dari Kg. Batu 7 Jalan Kebun, Klang (pastinya Jawa!). Bertugas sebagai  guru di SMK Bukit Mewah, Seremban.

Alhamdulillah kami dikurniakan Allah sembilan orang anak, enam lelaki dan tiga perempuan.

Alamat: 665 Vila Suria, Warisan Puteri, 70400 Seremban, NSDK.

Tel: 06-7633258,  h/p: 019-3322677, email: azzaharaziz@gmail.com

Sekian, salam ta’aruf dari saya. Wassalamu a’laikum.

13 Respons

  1. salam, semuga ustaz sihat, kalu free dtg2 jengah kami di JPNS, ramai org baru kat sini.

    • Salam. Terima kasih Kak Yati atas ingatan. Tak tau lah, bila lagi nak ziarah ke sana. Ada peluang saya singgah, insya Allah. Semoga semua rakan kerja di JPNS tu sihat sejahtera, zahir dan batin.

  2. salam ustaz, enta tinggal di Vila Suria ye? lama ana dengar nama enta tapi belum dapat berjumpa lagi…

    • Salam.
      Betul tu, seperti tertera, ana tinggal di VS.
      Bila agaknya kita boleh bertemu dan cerita panjang?
      Hubungi 019-3322677

  3. hehe~ belum ada rezeki kot ustaz… ana duduk VS juga, kadang-kadang weekend balik… ana duduk rumah akak…. in sya Allah…

  4. slam………..ustz,aper kbar….??sye slah sorng ank mrid ustz…..sye nk tnye stu solan…??bdse k sorng i2 kluar dgn llki bkn muhrim…wlaupun llki i2 tunang nye………..

    • Sebenarnya saya malas nak layan teks macam ni. Apatah lagi kalau dari anak murid, macam tak sekolah pula!

  5. salam ziarah menjalin ukhwah ustaz azhar…

  6. Assalamualaikum ustaz……mohon berkongsi pandangan….anak saya skg sekolah antarabangsa di indonesia mengikut saya yg bertugas di sini insyallah utk 3 thn….dan mengikut perancangan apabila balik ke msia anak saya akan berumur 13 thn. Beliau ada menyatakan untuk bersekolah di aliran agama tetapi saya x pasti sama ada sekolah aliran agama akan menerima anak saya kerana beliau tidak menduduki upsr. Masih adakan peluang utk anak saya bersekolah aliran agama (asrama)?

    • Wa alaikumus salam warahmatullah.
      Puan seorang diplomat atau kerja sendiri? Ikut pengalaman saya (dahulu, sekarang kurang pasti) pegawai yang ditugaskan ke luar negeri ada sedikit kelebihan (mungkin sebagai mengenang jasa mereka) untuk memilih sekolah yang mereka berkenan!!
      Jika di sana bersekolah antarabangsa, ada pula ambil subjek agama dan Bahasa Arab, tiada masalah untuk masuk Kelas Aliran Agama (KAA). Bahkan jika nasib baik, boleh masuk SMKA. Biasanya pegawai yang kembali ke tanah air akan merujuk ke Jabatan Pelajaran (JPN) atau Kementerian (KPM) untuk urusan persekolahan anak. Sekolah perlu terima murid jika diarah oleh oleh JPN/KPM.
      Sekadar pandangan berdasarkan pengalaman.
      Wallahu a’lam, wassalam.

  7. Assalamualaikum ustaz, saya Talhah, yg tanya pasal Pak ngah tukang urut shah alam tu. Terimakasih atas bantuan yg diberikan. Salam ukhwah. Jika ada kelapangan dan kesudian, silalah jengok2 ke blog saya:

    http://husnuzzonloa.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: