Jauhi menyebarkan keburukan orang lain


(إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)Surat An-Noor : 19 

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). Teruskan membaca

Advertisements

Guru agama tak solat Jumaat!


Bismillahi walhamdulillah

Memang memeranjatkan kalau orang yang sepatutnya jadi contoh teladan, tapi berlaku sebaliknya. Itulah lumrah kehidupan, kalau tidak masakan timbul; harapkan pagar, pagar makan padi; umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus  dsb. Teruskan membaca

Iktibar siput babi; Kenali diri dan jadilah diri sendiri.


Bismillahi walhamdulillah.

Teka teki:

“Kenapa siput babi jalan perlahan?”

Pernah dengar teka teki ni? Kalau namanya teka-teki, janganlah guna jawapan saintifik. Mudah sahaja, siput babi jalan perlahan kerana dia asyik  memikirkan – Aku ni siput atau babi? Teruskan membaca

Kisah cermin: Elak kecoh dan keruh


Bismillahi walhamdulillah.

Sebenarnya ini cerita lama, hampir dua tahun lepas. Lama tersimpan dalam draf, namun ada teladan yang boleh dikongsi sama.

Pertama, cermin kereta Unser saya yang dipecahkan oleh anak jiran. Kerja budak-budak la tu! Memang sah dia yang baling batu ke arah anak saya, tetapi terkena kereta- tak sengaja. Teruskan membaca

Tokoh seks suci Islam


Bismillahi walhamdulillah.

Harian Metro, 26 Januari (Khamis)

Pernah dengar tentang Kelab Taat Suami (KTS)? Merekalah yang menyarankan layanan pelacur kelas pertama kepada para isteri untuk menambat hati suami. Mungkin ada antara ahli mereka bekas pelacur ‘1st class’ yang berpengalaman, agaknya. Saya tak nafikan, masalah hubungan suami isteri merupakan salah satu faktor utama keruntuhan rumah tangga. Kalau tak percaya, tanyalah kauselor di pejabat agama. Teruskan membaca

Ghurur


AL-GHURUR (الغرور) / Tipudaya

Tajuk ini berkait rapat dengan tajuk sebelumnya iaitu ujub / kagum dengan diri sendiri dan takabbur (akan datang, insya Allah). Ujub membawa kepada ghurur, dan ghurur membawa kepada takabbur- tiga serangkai. Semuanya adalah masalah dalaman, mainan syaitan yang dilayan sehingga menjadi parah. Bermula dengan rasa diri hebat, orang lain tidak macam kita, mereka lebih rendah atau hina dari kita…! Itulah ghurur. Moga Allah lindungi kita… Teruskan membaca

Bagaimana doanya mustajab?


Diriwayatkan bahawa ada seorang yang soleh mendengar khabar tentang seorang lelaki yang mustajab doanya. Maka diapun menziarahi orang tersebut dan menjadi tetamunya selama tiga hari. Namun dia tidak mendapati sebarang amalan tambahan yang dilakukannya. Selepas tiga hari, dia bertanya lelaki tersebut, “aku ingin bertanya, apakah rahsia doamu diperkenankan?” Jawab lelaki itu, “itulah dia berkat doa seorang yang tertekan lantaran kelaparan, sedangkan dia tetap benar kepada Allah dalam sujud dan rukuk, maka Allah kabulkan  impiannya dan perkenankan doanya.”

Orang soleh itu bertanya, “bagaimanakah itu berlaku?” Lelaki itu menjelaskan, “ketika itu manusia dilanda kemarau. Suatu malam datanglah seorang wanita yang cantik jelita mengetuk pintu rumahku meminta makanan. Teruskan membaca

%d bloggers like this: