PELUANG SEDEKAH JARIYAH


Muslimin muslimat yang dihormati.
Assalamualaikum.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK MENAIK TARAF SURAU AR-RAUDHAH VILA SURIA DAN MENAMPUNG AKTIVITI SURAU SEPANJANG TAHUN.

Dengan hormatnya, saya menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas. Teruskan membaca

Buku: Prinsip Hidup Muslim Sejati


Membeli sambil menderma.

Saya kongsikan sebuah buku karangan sahabat saya, Al-Fadhil Ustaz Mohd. Hazizi bin Ab. Rahman, merupakan salah seorang aktivis ISMA peringkat negeri dan pusat.

Buku ini menghuraikan beberapa prinsip yang mesti menjadi pegangan setiap muslim. Bermula dengan memahami dua kalimah syahadah, hakikat kita beribadah kepada Allah dan akhlak seorang mukmin. Tidak ketinggalan, menyentuh kewajipan amar makruf nahi mungkar yang kian terpinggir. Sesuai untuk menjadi bahan umum termasuk perbincangan para pencinta Islam.

Harga: RM15.00 sahaja. Untuk setiap pembelian, RM3.00 akan dimasukkan ke dalam tabung pembinaan Wakaf  Pembinaan Surau Vila Suria.

Sesiapa yang berhajat, boleh hubungi saya 019-3322677. Wassalam.

Kawalan keselamatan di Vila Suria


Bismillahi walhamdulillah.Operasi... Hujan lebat, tapi rami yang datang membayar yuran. Alhamdulillah...

Tulisan ini sebagai respon kepada komentar salah seorang penduduk Vila Suria tentang khidmat kawalan keselamatan melalui blog Persatuan Pemilik Vila Suria. Saya terpanggil untuk menulis kerana saya salah seorang yang dijemput hadir dalam mesyuarat AJK PPVS atas kapasiti sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria (JKPSVS). Juga kerana saya juga salah seorang penduduk yang membayar yuran tanpa tunggakan.

Teruskan membaca

Catatan Ceramah Maal Hijrah 1432


Bismillahi walhamdulillah.

Pada Ahad 7 Muharram 1432H / 12 Disember 2010 Sdra. Shahkirit Kakulal Govindji memenuhi undangan kami untuk menyampai ceramah sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Vila Suria. Majlis berjalan dengan lancar, namun kehadirannya agak kurang berbanding siri ceramah sebelum ini. Yang penting, kami telah lakukan sesuatu bagi memenuhi keperluan warga VS. Antara kesimpulan ceramah beliau ialah; Teruskan membaca

Catatan Ceramah Prof. Kamil


Bismillahi walhamdulillah.

17 Julai. Seperti dirancang, ceramah sempena Israk dan Mikraj anjuran bersama JK Pembinaan Surau VS dan Persatuan Pemilik VS berjaya diadakan dan berjalan dengan lancar. Antara point penting yang disampaikan oleh Prof. Kamil ialah keyakinan kepada janji Allah dan sentiasa mohon doa kepada Allah. Ini  dibuktikan dengan pengalaman beliau sendiri. Banyak nikmat dan keistimewaan diperolehinya didahului dengan munajat dan doa yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Semua pengalaman semasa menunaikan ibadat haji – yang menjadi titik permulaan perubahan – beliau nukilkan dalam buku bestsellernya; Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Teruskan membaca

Sambutan Maulidur Rasul di Vila Suria


Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Vila Suria

Sabtu 6 Mac 2010; Anjuran JK Pembinaan Surau Vila Suria.

Saya sebagai Pengerusi JKPSVS merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut sama ada dari segi kewangan (kutipan >RM2k), tenaga, buah fikiran, sokongan, kehadiran dsb.

Hanya Allah jua sebaik-baik pemberi ganjaran…

Sepakat membawa berkat


Alhamdulillah pada 8.15 pagi, Ahad 31 Januari, kami sempat mengadakan gotong royong kali kedua atas inisiatif En. Norazmi AJK Keselamatan Vila Suria. Sama macam dulu, tak payah surat siaran, memadai dengan SMS sahaja! Gotong royong kali pertama ialah pada Ahad 17 Januari, kami menutup pagar lebuhraya yang dibolosi dan memasang wayar tambahan di atas tembok berhampiran lebuhraya.  Untuk kali ini kami mengalihkan pondok jaga depan takungan JPS ke hadapan rumah En. Muhamad 637. Terima kasih kepada En. Khalil 517 yang telah menyumbang beberapa batang kayu3X4 untuk menjayakan gotong royong.

Akhirnya, tertegak juga!

Bunyinya ringkas, tapi lepas angkat pondok tersebut kami terus berehat! Terima kasih kepada Abang Halim 636 dan En. Muhamad yang menyumbangkan sarapan pagi tersebut untuk kami lebih kurang 15 orang. Lepas sarapan, gotong rouong  diteruskan dengan menutup lubang-lubang hasil hakisan pada tembok untuk menghalang anjing dan pencoroboh. Lubang ‘over flow’ takungan JPS juga ditambah kawat, di samping jeriji tambahan sedia ada. “Jangankan anjing, tikuspun tak boleh masuk!”, ulas salah seorang dari kami. Lebih kurang jam 11.15 gotong royong ditamatkan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Zainal Arifin 663.

Sesi kedua, tutup lubang.

Beberapa pengajaran yang boleh diambil dari aktiviti gotong royong ini, walaupun tidak meilbatkan ramai orang;

1. Mengeratkan hubungan antara penduduk VS. Tambah kenalan dan tambah eratkan kenalan sedia ada. Terima kasih kepada Adik Syafiq yang menjadi jurukamera pada hari itu.

2. Melatih supaya berbaik sangka kepada jiran yang tidak dapat hadir. Kerana buruk sangka akan merosakkan diri sendiri dan masyarakat.

3. Dapat bersenam, mengeluarkan peluh dan menguji kelasakan diri sendiri. Juga, jangan paksa kalau tak mampu, nanti merana diri!

4. Peluang mendapatkan pahala dengan menyumbangkan tenaga, masa dan wang. Kalau yang dah nak pencen tu, datang bagi semangat pada yang muda-mudapun kira OK juga. Sumbangannya, bagi contoh teladan kepada yang lain..

Rehat, sarapan dan sembang-sembang...

5. Mesej kepada penceroboh, bahawa kami tidak akan berdiam diri membiarkan kawasan kami dicerobohi.

Moga Allah pelihara kami dari sebarang musibah dan perkukuhkan hubungan antara penduduk Vila Suria. Ya Rabb…!

%d bloggers like this: