Lebih baik cakap tak serupa bikin…


Bismillahi walhamdulillah…

walk the talk

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukanya.” Surah As-Saf, ayat 2-3.

Pada suatu masa – dalam zaman Nabi SAW – ada di antara pemuda-pemuda Islam yang berkata: Kalau mereka mendapat sesuatu amalan yang diredhai Allah nescaya mereka akan mengerjakannya; tetapi apabila diberitahu amalan yang diredhai Allah itu, ada di antara mereka yang tidak mengkotakan apa yang mereka katakan. Teruskan membaca

Lemah dan malas


Bismillahi walhamdulillah…

Kalau penakut digandingkan dengan kedekut, maka lemah pula digandingkan dengan malas. Sebagaimana nabi SAW mengajar kita agar memohon berlindung dengan Allah dari sifat penakut dan kedekut, baginda juga ajar kita agar berlindung dari sifat lemah dan malas ini.

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل…

“Ya Allah! Aku berlindung dengan mu dari keluh kesah dan duka cita, dan aku berlindung dengan mu dari lemah dan malas…” Teruskan membaca

Tokoh seks suci Islam


Bismillahi walhamdulillah.

Harian Metro, 26 Januari (Khamis)

Pernah dengar tentang Kelab Taat Suami (KTS)? Merekalah yang menyarankan layanan pelacur kelas pertama kepada para isteri untuk menambat hati suami. Mungkin ada antara ahli mereka bekas pelacur ‘1st class’ yang berpengalaman, agaknya. Saya tak nafikan, masalah hubungan suami isteri merupakan salah satu faktor utama keruntuhan rumah tangga. Kalau tak percaya, tanyalah kauselor di pejabat agama. Teruskan membaca

Bersatu dan bekerja sama.


Bismillahi walhamdulillah.

Sabtu, 31 Disember 2011: Saya sempat menghadiri Forum Perdana sempena sambutan awal tahun 2012 anjuran bersama Gabungan NGO-NGO Islam Negeri Sembilan di Dataran Senawang. Antara yang diketengahkan adalah tentang perlunya kesatuan dan kerjasama dalam memartabatkan agama Islam. Teruskan membaca

ISO Dalam Ibadah


Bismillahi walhamdulillah.

Semasa bertugas di Jabatan Pelajaran Selangor (JPS: 2002-2008), saya adalah salah seorang Juru Audit Dalam untuk pelaksanaan MS ISO di JPS. Terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi di bawah pimpinan Dato’ Yusoff, kerana memberi penghormatan ini sehingga saya dapat menimba ilmu dan pengalaman. Pelbagai pahit manis ditempuh untuk membawa perubahan dalam organisasi ke arah perkhidmatan yang berkualiti. Hasilnya, JPS merupakan jabatan pelajaran yang pertama  mendapat pengiktirafan ISO dalam semua skop perkhidmatannya. Teruskan membaca

Hak ukhuwah: Buka peluang mereka beramal!


Bismillahi walhamdulillah…

12-16 April: Minggu ini agak mencabar bagi saya (yang lemah ni). Hantar isteri ke klinik, uruskan dia di Hosital Tuanku Jaafar, ambil mak di kampung, di samping aktiviti harian dan masalah kesihatan saya sendiri. Semasa isteri saya dimasukkan ke wad 2A HTJ pada Selasa 13 April, saya berfikir panjang. Perlukah saya maklumkan kepada emak dan sahabat-sahabat yang lain. Akhirnya keputusan dibuat; bagi tau.

Mungkin ada yang berpendapat; Setakat masuk wad satu hari, tak payah la bagi tau kawan-kawan atau mak ayah di kampung. Kalau setakat pindah rumah, tak payahlah bagi tau orang lain. Dan seumpamanya… Benda kecik aje tu! Nanti menyusahkan orang pulak! Pada saya, di manakah letaknya hak ukhuwah? Bukankah kita ibarat satu jasad, bila satu anggota sakit, yang lain akan turut berjaga malam! Teruskan membaca

Bukan kali pertama


Bismillah walhamdulillah…

Sebagai guru...

Sepatutnya saya menyampaikan kuliah mingguan selepas maghrib di Surau Al-Hidayah setiap Jumaat. Kitabnya ialah Hadis 40 syarahan al-Marhum Us. Mustafa Abdul Rahman. Biasanya petang sebelum maghrib tu saya akan membuat sedikit ulangkaji, merujuk satu dua kitab lain supaya lebih bersedia dan mantap perbincangan. Tapi malam tadi (26 Mac) kuliah saya dibatalkan kerana terpaksa memberi laluan kepada jamaah tabligh dari India yang sudah dua hari di situ. Maka, sayapun turut mendengar bayan disampaikan salah seorang dari mereka. Ini bukan kali pertama...

Ini bukan kali pertama saya mendengar bayan jamaah tabligh. Jika ada kelapangan dan merehatkan diri, saya duduk juga pada malam Rabu di surau. Biasanya mereka akan menyuruh para jamaah supaya duduk rapat-rapat, sunnah katanya. Saya sempat berbisik kepada Hj. Mokti; Kalau bayan tabligh mereka duduk rapat-rapat, tapi kenapa semasa majlis ilmu yang lain tak macam tu pula? (Mungkin level majlis tak sama kot!). Dan, kalau ada majlis ilmu di surau atau masjid, jarang pula nampak orang tabligh ni. Kalau adapun sorang dua sahaja (Mungkin keluar berdakwah di tampat lain kot!).

Ini bukan kali pertama giliran saya dibatalkan tanpa makluman awal. Kalau di surau Al-Aziziah, Klang biasanya dibatal kerana bertembung dengan kenduri doa selamat. Atau malam saya diubah kerana mendahulukan imam 1.  Pernah sekali di masjid Sungai Pinang, batal kerana tuan guru yang satu lagi tersalah jadual.

Aiman tak kisah..

(Macam dalam iklan tu). Tapi pernah berlaku, seorang ustaz langsung tak datang kerana jadual kuliahnya bertembung dengan orang lain! Mungkin kita ambil ringan, kerana kuliah agama ni kerja sukarela dan tidak ada siapapun akan bangkitkan kalau dibatal atau ditangguh tanpa sebarang notis awal. Dalam hal ini, saya puji Hj. Samad dan Hj. Yusuf (masing-masing SU Surau Kg. Ismail dan Al-Hadi). Kerana mereka akan memaklum dan memastikan kehadiran saya (dan pengkuliah lain pastinya) dua tiga hari sebelum (Mungkin mereka free sebab dah pencen kot!).

Ujian seorang guru

Sebagai murid...

Sebagai manusia biasa, memang terlintas rasa tak puas hati di hati saya. Lebih-lebih lagi minggu lepas (cuti sekolah) saya dah tangguhkan kuliah kerana bersama ibu di kampung. Tapi saya anggap ini sebagai ujian. Sebagaimana anak murid diuji dengan iltizam menghadiri majlis ilmu, mengorbankan duit untuk beli buku, guru juga diuji dalam bentuk lain. Selain dari ikhlas, guru diuji dengan:

1. Amanah menyampaikan ilmu: jangan goreng tanpa minyak.

2. Tidak memandang rendah muridnya: mereka juga mulia kerana sanggup menuntut ilmu.

3. Sanggup menerima teguran anak murid: kerana bukan semua yang hadir itu jahil belaka.

4. Sanggup mengaku tidak tahu: bahkan ‘wallahu a’lam‘ itu sebahagian dari ilmu.

5. Berusaha menjadi teladan: agar ilmu diajar lebih memberi kesan.

6. Sanggup mengakui kesalahan: kerana kita tidak maksum.

7. Memastikan anak murid intima’ kepada kebenaran: bukan kepada kita, kerana kita akan ‘berpindah’ tapi kebenaran akan kekal.

8. Bilangan anak murid yang ramai: kerana surah At-Takathur telah mengingatkan kita.

Itu dalam bab kuliah agama. Dalam bab dakwah dan tarbiah, boleh juga dikiaskan kepada para qiyadah, naqib usrah, masul lajnah dsb. Mungkin ada orang lain yang boleh syarahkan pula…

Wallahu a’lam.

%d bloggers like this: