Maksud Salam


image

Ini antara imej dan kata-kata yang selalu beredar di alam maya.

Maaf, utk frasa berkaitan salam tu, saya kurang setuju.

1. Kerana zahir maksud salam ialah sejahtera.
Rujuk surah Yasin ayat 58;

سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ

Maksudnya; (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Juga surah Al-Qadr ayat 5;
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya; Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

2. Juga,  perlu semak kesahihan sandarannya kepada TG Harun Din, sebab sebelum ini pernah terbaca disandarkan kpd Dato Ismail Kamus.

Wallahuaklam.

Isu kalimah Allah


Al-fadhil Ustaz Zamani bin Ibrahim, YDP ISMA Seremban.

image

Isu berkaitan akidah tidak akan lapuk.

Ada beberapa kalimah yang difatwakan eksklusif untuk kaum muslimin iaitu solat, kaabah, kiblat dan Allah.  Penggunaan kalimah Allah oleh Kristian membawa makna tiga dalam satu!
Teruskan membaca

Hadis palsu dalam masyarakat


Bismillahi walhamdulillah…

Hadis palsu adalah sesuatu perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, sedangkan baginda tidak pernah berbuat demikian.  Perkara yang disandarkan itu sama ada berbentuk kata-kata, perbuatan atau perakuan baginda. Dalam ilmu hadis, disebut sebagai hadis maudhu’.

Bila disebut palsu, pastinya ia timbul dari rekaan orang-orang tertentu dengan pelbagai tujuan. Apapun tujuannya, tetap dilarang. Para ulamak telah bersepakat bahawa hukum mencipta hadis palsu ini adalah haram, kerana ia adalah pembohongan ke atas nabi SAW. Nabi pernah bersabda, sesiapa berdusta ke atasku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya dalam neraka!! Teruskan membaca

Bahaya Syiah


Ayatollah Khomeini adalah pemimpin dalam gerakan menentang Shah Mohammad Reza.

Bismillahi walhamdulillah.

Masih ingat Revolusi Iran tahun 1978? Pada awal 80an siapa yang tak kenal atau dengar tentang Ayatollah Khomeini. Ramai yang bersemangat dengan Revolusi Islam, kagum dengan anak-anak kecil memikul senjata. Tidak kurang juga penampilan lelaki berjubah, berjambang dan berserban. Manakala yang perempuan serba hitam dan berpurdah. Kalau di asrama, lagu-lagu Iran berkumandang, padahal tak fahampun! Gambar Ayatollah Khomeini turut menghiasi dinding!

Bila sebut tentang Iran, pasti sinonim dengan Syiah. Pada masa itu tidak kedengaran konflik antara Ahli Sunnah dengan Syiah. Kalau adapun, kita katakan, “tidak semua Syiah tu sesat.” Teruskan membaca

Hari Kekasih tidak wajar disambut.


Bismillahi walhamdulillah.

Memadai saya ‘copy and paste’ keputusan majlis-majlis fatwa. Selamat membaca hukum dan hujah yang disertakan…

1. Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Teruskan membaca

Doa


Hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan bagi mendapat redha Ilahi dengan melawan kehendak nafsu dan menempuh halangan sepanjang perjalanan kehidupan. Setiap pejuang memerlukan senjata. Bagi seorang mukmin, doa adalah senjatanya.

Firman Allah Taala;

 

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…  (Ghafir:60) Teruskan membaca

Istighfar


Bismillahi walhamdulillah…

Maksud istighfar adalah minta keampunan. Keampunan pula adalah mencegah kejahatan dosa dan menutupnya. Mencegah kejahatan dosa kerana  orang yang beristighfar terpelihara dari kejahatan akibat dosanya seperti kemurkaan Allah, kebencian manusia, juga azab di akhirat. Menutup dosa, kerana orang yang beristighfar Allah akan tutup kejahatannya itu dan tidak diungkit kembali sama ada di dunia, maupun akhirat. Sebab itu, dilarang ke atas orang yang telah bertaubat, mengungkit kembali dosa-dosa silamnya. Sedangkan Allah tidak mengungkit, apatah lagi kita hambanya. Teruskan membaca

%d bloggers like this: