Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1/2020 di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP)


Buat lepasan UPSR 2019 yang berminat untuk menyambung pelajaran di sekolah agama aliran tahfiz sains dan tinggal di asrama sepenuhnya, boleh memohon ke SMASKP.

Teruskan membaca

Jom Waqaf! Projek baik pulih surau sekolah


Siapa berminat menghulurkan sumbangan untuk projek baik pulih surau sekolah saya, boleh la berbuat demikian. Rujuk poster di bawah.

Poster projek waqaf Musolla SMASKP 2019

Sekolah ni TAHFIZ sepenuhnya, memang sangat banyak aktiviti di surau. Bayangkan betapa banyak pahala yang mengalir untuk para penyumbang. Maka, jom waqaf!!

Kos asal keseluruhan dianggarkan RM80,000. Alhamdulillah, sudah ada individu yang menyumbang untuk karpet, maka jadi RM60,000 sahaja lah…

Bagaimana untuk menyumbang?

1- BANK IN ke akaun 0503 0010 0112 07 (Bank Islam) atas nama
PIBG Sek Men Agama Sains Kuala Pilah.
Catatkan; (Musolla)

2- BERHUBUNG dengan Setiausaha Surau Us. Muhammad Asyraf 019-6802408  atau  Bendahari PIBG Us. Mohd Adib 011-13397694 atau Pejabat Sekolah 06-4367510 untuk sebarang pertanyaan.

Sambung belajar ke sekolah agama


Keputusan UPSR 2019 baru saja diumumkan. Antara soalan yang popular adalah, lepas ni nak sambung belajar di mana? Antara sekolah pilihan popular masa kini adalah sekolah agama. Kali ni saya nak kongsi sedikit pasal beberapa jenis sekolah agama yang ada.
Sebelum itu, apa dia sekolah agama ni sehingga menjadi rebutan sebahagian masyarakat terutama untuk Tingkatan Satu. Ada beberapa jenis;
  1. Sekolah agama asrama penuh (SBP) seperti SMA Persekutuan Labu, SMA Persekutuan Kajang, SBP Integrasi Jempol dsb. Permohonan dibuat semasa di sekolah rendah lagi, sekarang dah tutup.
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seperti SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), Seremban dan SMKA Dato Haji Abu Hasan Haji Sail (SMADAH), Rembau dll. Permohonan juga dibuat semasa di sekolah rendah, sekarang dah tutup.
  3. Sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang sebelum ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri seperti SMA Sains Kuala Pilah (SMASKP), SMA Nilai (SMAN), SMA Dato Klana Petra (SMAD Klana) dll. Ada 16 buah semuanya di Negeri Sembilan, sebahagiannya ada asrama. Permohonan masih dibuka sekarang, boleh berhubung dengan sekolah berkenaan.
  4. Sekolah menengah agama negeri (SMAN) seperti Maahad Ahmadi Gemencheh.
  5. Sekolah agama swasta seperti Hira’ Shah Alam, Maahad Imtiyaz, Hidayah Ipoh, dsb.
Kedua, apakah subjek yang sekolah ni tawarkan? Soalan ni sangat penting sebab berkaitan dengan mengapa nak masuk sekolah agama.
  1. Untuk SBP dan SMKA mereka belajar sama macam sekolah menengah biasa, iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kecuali sekolah yang menawarkan tahfiz, ada la subjek tambahan berkaitan tahfiz tu.
  2. Untuk SABK, ada 2 aliran iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Ini menarik untuk dijelaskan.
  3. KBD: murid-murid akan belajar subjek agama dan bahasa Arab melalui subjek Lughah Arabiah Mua’sirah (LAM), Syariah Islamiah dan Usuluddin. Berbeza dengan SMKA dan SBP melalui subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam sahaja. Perhatikan, nama-nama subjek pun berbeza! Dengan itu, penguasaan bahasa Arab dan agama seharusnya lebih tinggi untuk murid-murid yang mengikuti aliran KBD berbanding SMKA, SBP, aliran KBT dan SMK biasa.
  4. KBT: murid-murid akan ambil subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sama macam SBP, SMKA dan SMK biasa. Cuma, kelebihannya mereka perlu menghafaz Alquran melalui 2 subjek tambahan iaitu Hifzul Quran dan Maharat Alquran. Maka, keluaran KBT adalah sama macam sekolah lain kecuali mereka menghafaz Alquran.

Wallahu aklam. Cukup dulu setakat ini…

Tazkirah secara langsung.


Bismillahi walhamdulillah…

Malam tadi saya  menyampaikan kuliah mingguan seperti biasa. Antara isi kandungannya ialah, kematian itu suatu yang pasti. Semua orang tahu, tapi berapa ramai yang ambil pengajaran daripadanya. Selesai kuliah, saya hadiri mesyuarat AJK Pemilik Vila Suria kali pertama bagi sesi 2011/2012. Mesyuarat tamat jam 11.30, disusuli dengan makan malam. Tidak baik dijadikan tabiat tu! Tapi bagi meraikan kawan-kawan, saya turut serta.

Teruskan membaca

Usaha kita dan bantuan Allah.


Bismillahi walhamdulillah.

Pada Julai 2011sekolah saya menghantar murid-murid tingkatan lima untuk mengikuti program Lambaian Kaabah di SMKA Sheikh Haji Mohd. Said (SHAMS), khusus untuk teori dan praktikal haji. Memandangkan murid-murid lelaki perlu memiliki kain ihram, maka saya menghubungi beberapa orang rakan dan jiran mendapatkan bantuan; pinjam kain ihram enam pasang. SMS dihantar  kepada lima orang. Antara jawapan diterima; Tak ada. Maaf, ada di kampung. Ada tiga pasang, nanti saya usahakan lagi. Ada sepasang. Sekarang out station, balik nanti saya hantar. Semua jawapan itu melegakan saya. Alhamdulillah, setelah dikumpul, dapat sebelas pasang! Lebih daripada cukup! Sebab ada seorang jiran pinjamkan enam pasang… Kalau Allah bantu, seorangpun sudah memadai! Teruskan membaca

Panggil polis terus!


Image result for polis

Gambar hiasan

Kenapa kita panggil polis? Sebab nak buat aduan tentang sesuatu yang kita tak mampu selesaikan. Kena panggil orang lain yang ada kuasa dan dihormati dari segi undang-undang. Teruskan membaca

Hadiah Hari Guru


Bismillahi walhamdulillah…

Isu yang menarik musim ini, sempena sambutan Hari Guru. Saya tergerak untuk menulis.

Bila disebut Hari Guru, pasti dikait rapat dengan hadiah sebagai penghargaan. Guru-guru sekolah rendah menerima hadiah yang banyak. Guru sekolah menengah dapat kurang sikit.  ‘Guru’ di universiti hampir langsung tak dapat. Kenapa jadi begitu? Sepatutnya semakin besar, semakin pandai mereka menghargai jasa guru. Mungkin fasa yang mereka lalui berbeza; zaman kanak-kanak, remaja dan belia atau dewasa. Tetapi persoalan yang sama tetap timbul; bukankah sepatutnya mereka lebih pandai menghargai jasa guru? Atau, mafhum penghargaan kanak-kanak berbeza dengan dewasa.

Sebagai guru, hadiah terbesar dari seorang murid ialah kemenjadian. Sesuai dengan matlamat utama mereka dihantar ke sekolah supaya dididik menjadi insan yang berjaya. Apabila mereka berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada masa mereka mula-mula masuk sekolah dulu. kira menjadi la tu. Cuma, tahap kemenjadiannya yang berbeza. Ada yang tinggi, ada sederhana ada yang rendah. Bergantung kepada banyak faktor.

Untuk tahun 2011, hadiah paling bermakna buat warga pendidik ialah seperti yang diumumkan oleh DS Najib. Pengetua dan guru-guru penolong kanan, pasti tersenyum lebar.

(Tulis dah lama, tersorok dalam draft)

%d bloggers like this: