Keluar dari kebiasaan untuk hasil yang luar biasa!


Bismillahi walhamdulillah.

Saya sedang bersembang dengan Mahdi, sambil beliau menyiapkan jerat.

Mahdi bin Jengking, salah seorang daripada jurupandu kami pada tahun 2011. Berusia 30 tahun, merupakan anak kepada Tok Batin Jengking. Beliau bertugas di Kem PLKN Lagenda Ledang. Kemas, amat petah berbahasa Melayu dan penjelasannya memahamkan. Perjalanan kami mendaki selama dua jam, mampu beliau habiskan selama setengah jam sahaja! Sekali pandang pasti akan menyangka dia seorang muslim dan sekurang-kurangnya berkelulusan SPM. Sebenarnya beliau tidak pernah ke sekolah, sama macam adik beradiknya yang lain. Bezanya, dia boleh membaca dan berbicara jauh lebih baik berbanding yang lain. Teruskan membaca

Advertisements

Hadiah Hari Guru


Bismillahi walhamdulillah…

Isu yang menarik musim ini, sempena sambutan Hari Guru. Saya tergerak untuk menulis.

Bila disebut Hari Guru, pasti dikait rapat dengan hadiah sebagai penghargaan. Guru-guru sekolah rendah menerima hadiah yang banyak. Guru sekolah menengah dapat kurang sikit.  ‘Guru’ di universiti hampir langsung tak dapat. Kenapa jadi begitu? Sepatutnya semakin besar, semakin pandai mereka menghargai jasa guru. Mungkin fasa yang mereka lalui berbeza; zaman kanak-kanak, remaja dan belia atau dewasa. Tetapi persoalan yang sama tetap timbul; bukankah sepatutnya mereka lebih pandai menghargai jasa guru? Atau, mafhum penghargaan kanak-kanak berbeza dengan dewasa.

Sebagai guru, hadiah terbesar dari seorang murid ialah kemenjadian. Sesuai dengan matlamat utama mereka dihantar ke sekolah supaya dididik menjadi insan yang berjaya. Apabila mereka berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada masa mereka mula-mula masuk sekolah dulu. kira menjadi la tu. Cuma, tahap kemenjadiannya yang berbeza. Ada yang tinggi, ada sederhana ada yang rendah. Bergantung kepada banyak faktor.

Untuk tahun 2011, hadiah paling bermakna buat warga pendidik ialah seperti yang diumumkan oleh DS Najib. Pengetua dan guru-guru penolong kanan, pasti tersenyum lebar.

(Tulis dah lama, tersorok dalam draft)

Budaya CnP atau SDA.


Saya yakin, kalau tulis CnP ramai yang faham, iaitu copy and paste. Jarang kita sebut salin dan tampal, kan? Apa pula SDA? Rasanya tak ramai yang tahu, kecuali orang lama-lama. Budak sekarang tak tahu ni.. SDA merujuk kepada Seperti di atas. Saya mula tahu benda ni daripada arwah ayah saya masa kecil dulu. Teruskan membaca

Fahami dahulu, jangan cepat menghukum.


Ya, jangan terlalu cepat buat kesimpulan atau hukuman. Fahamkan betul-betul apa yang seseorang itu kata. Jangan buat kesimpulan sendiri. Kerana ini akan memburukkan keadaan. Mungkin era digital ni, seua benda kena cepat. Tapi berpadalah… Saya sendiri mengalami beberapa insiden berkaitan ‘buat kesimpulan sendiri’ ini. Teruskan membaca

Panjang ceritanya… Fuh!


Tahun lepas, ada seorang murid jumpa saya nak mohon balik. Katanya ada masalah keluarga. Alasan tu terlalu umum, saya tak boleh terima. Maka berceritalah dia..

Atuk saya nak buat perjumpaan kumpulkan keluarga kami semua. Sebab makcik saya ada hutang dengan ayah saya. Cerita lama. Puncanya salah kira, dah tiga tahun. Sepatutnya kena bayar ansuran tiap bulan RM165, tapi makcik saya bayar RM160 aje. Jadi, nak buat tuntutan yang baki RM5 tu! Teruskan membaca

Upline aku…


Bismillah…

Biasalah kalau hari raya mesti ziarah upline kita dulu. Rumah kengkawan, jiran dan anak murid jatuh nombor dua. Johol, antara destinasi wajib saya. Kampung Berambai, Johol tanah tumpah darahku.. Sebelum ni saya pernah cerita pasal lokasi tu. Kali ni nak cerita pasal upline sebelah emak pulak.

Nama saya Azzahar bin Jahrah binti Munah binti Nian binti Bantut PJK. Bukan silap tulis, memang macam tu.. Kan dah kata tadi, belah emak.. He he..!

Nian binti Bantut PJK. Semoga Allah merahmati rohnya…

Nian tu arwah moyang saya. Dalam tahun 1980 dia masih hidup lagi. Lupa pula bila dia meninggal dunia. Rumah pusaka dia adalah destinasi wajib kami ziarah. Apa taknya, depan rumah dia tu ada rumah kecil- rumah uwan saya dan tempat saya dilahirkan. Sekarang rumah pusaka tu dah lama tak ada, rata…

Masih ingat lagi, arwah moyang pernah bercerita kepada rakannya yang datang berziarah. Cicitnya yang seorang tu bersekolah di sekolah agama kat Seremban. Pengetuanya Ustaz Yusuf, anak Pak Cu Ahmad – Masjid Tua, Johol. Bangga dia bercerita pasal cicitnya sebab sekolah agama. Saya la cicit dia tu… Dan Pak Cu Ahmad tu guru mengaji kepada ayah saya. Berulang dia dari Lending ke surau Pak Cu Ahmad. Kalau dah lewat malam, tidur aje kat surau tu dengan rakan sepengajian yang lain. Makanya, Ustaz Yusuf tu dengan ayah saya kira kawan la… 

Kalau sebut Ustaz Yusuf Johol, orang Negeri Sembilan tau la.. Itulah dia Sohibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Nak sedap cerita, masa saya temuduga untuk dapat tauliah mengajar dulu, Dato’ Mufti yang jadi panel. Lepas meneliti dokumen saya, terus dia tanya pasal ayah saya, adik beradik dia dan keluarga saya sendiri. Maklum la, kawan dia kan..? 

Antara adik beradik uwan saya yang masih hidup ialah Tuan Haji Mohd Din bin Nian. Panggilannya Tok Teh, tinggal di Kampung Malok, belakang pekan Johol. Bekas pegawai KEMAS. Sentiasa kemas dan peramah orangnya. Orang kuat adat memegang title Datuk Senara, Lembaga Johol. Details saya tak tau. Mahap yo…

Zahid 5 tahun, dipeluk oleh Moyang Atehnya. Engkau ada..?

Rumah beliau wajib diziarahi tiap kali raya. Kalau sampai, pasti saya dipeluk dan diciumnya. Dari kecil dulu kena peluk cium, sampai la dah tua beruban ni.. Begitulah peramahnya Tok Teh.

Untuk tidak menyembunyikan fakta, uwan saya tu namanya Munah binti Yaakub. Manakala Tok Teh pula Mohd Din bin Mohd Noor. Kenapa bin tak sama? Sebab adik beradik satu ibu lain bapa. Maklum la orang dulu-dulu kan.. Kita pun keliru juga. Kalau tak bertanya memang tak tau. Paling penting, orang tua kena bawa anak-anak berjalan dan perkenalkan. 

Penangan Mengantuk 


Hari ni bawa anak-anak ke Masjid untuk solat tarawih. Bacaan imamnya boleh tahan. Jemaah pun masih ramai. Hajat di hati nak solat lapan rakaat sahaja. Lepas lapan rakaat, imam baca doa. Sedap macam biasa. Saya pun tengok kiri kanan kot ada ruang untuk keluar.  Wah! Apasal malam ni takde yang keluar lepas lapan rakaat? Saya pun tambah lagi dua, biar cukup sepuluh. Mungkin lepas sepuluh nanti, ramai yang keluar, kata hati saya.

Assalamualaikum warahmatullah…  Alhamdulillah, selesai sepuluh. Saya pun bangun, sambil bagi isyarat kepada anak-anak, Jom balik! Memang bagus jemaah masjid ni, takde yang keluar! Dia orang buat dua puluh rakaat agaknya. Zaman sekarang, bukan senang nak jumpa masjid yang semua jemaahnya solat dua puluh rakaat. Syukur…

Semasa menuju ke kereta, Faiz bertanya; kenapa Abi solat enam rakaat aje? Ya Allah! Terperanjat saya. Patut la takde jemaah yang keluar, aku yang silap rupanya! Dengan selamba saya menjawab, Abi sakit perut. Memang kebetulan masa tu perut kurang selesa. Bukan menipu tau. 

Hebatnya penangan mengantuk…! 

Sambil membelokkan kereta, saya sempat memandang ke arah masjid.  Ramai yang menderu keluar macam biasa.. Lapan rakaat saja.. He he… 

%d bloggers like this: