Antara Keelokan Islam Seseorang (03)

Kaedah untuk mengetahui perkara yang berkaitan dan tidak berkaitan.

Kaedah untuk mengetahui perkara yang berkaitan dan tidak berkaitan ialah syarak. Tidak harus ada campur tangan nafsu. Ibnu Rajab berkata, bukanlah maksud meninggalkan apa yang tiada kaitan dan kemahuan itu mengikut hukuman hawa dan tuntutan nafsu, bahkan hendaklah menurut hukum syarak dan Islam. Sebab itulah dijadikan sebahagian dari keelokan Islam. Bila elok Islam seseorang, dia akan meninggalkan kata-kata dan perbuatan yang tiada kaitan dengannya.

Pada hari ini, kebanyakan manusia menganggap perkara yang tiada kaitan ialah hal ehwal orang lain. Ini fahaman yang salah kerana ada hal ehwal orang lain berkaitan dengan kita secara langsung, antaranya;

Berkaitan amar makruf dan nahi mungkar. Nabi bersabda, sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman. Maka kita lihat melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi mungkar adalah sebahagian daripada iman, boleh mengelokkan Islam seseorang dan meningkatkan iman.

Adapun berhujah dengan firman Allah, wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu, orang yang sesat tidak akan memudharatkan kamu bila kamu telah mendapat petunjuk (al-maidah:105) untuk meninggalkan amalan ini, adalah ditolak. Ini berdasarkan sangkalan Abu Bakar dalam ucapannya; wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini, wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu, orang yang sesat tidak akan memudharatkan kamu bila kamu telah mendapat petunjuk, kamu meletaknya bukan pada tempatnya kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran tetapi mereka tidak mengubahnya maka Allah akan menurunkan azab keatas mereka semua.

Bahkan ayat itu sendiri menyokong kenyataan tersebut apabila Allah berfirman, jagalahh diri kamu iaitu pelihara dan perbaikilah diri kamu. Antara perkara yang boleh memperbaiki diri ialah melakukan suruhan dan meninggalkan larangan, dan antara arahan yang wajib ialah amar makruf dan nahi mungkar. Juga, firman Allah, orang-orang yang sesat tidak memudharatkan kamu apabila kamu telah beroleh petunjuk. Kerana petunjuk hanya diperolehi dengan mentaati perintah Allah dan menunaikan kewajipan berbentuk suruhan dan larangan. Antaranya ialah amar makruf dan nahi mungkar yang pastinya amat berkaitan dengan orang-orang beriman!

Ahmad bin Ibrahim al-Muqri berkata, adalah Abul Hasan An-Nuri menjauhi berlebih-lebihan, tidak bertanya perkara yang tiada kaitan dengannya, tidak mencari-cari perkara yang tidak diperlukan dan apabila melihat kemungkaran dia mengubahnya…

Berkaitan hal ehwal umat Islam. Kerana nabi pernah bersabda; Seorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama satu binaan, mereka saling menguatkan antara satu sama lain. Maka untuk menguatkan binaan tersebut, perlulah mengambil tahun hal ehwal umat Islam, mendapatkan penjelasan, mengelakkan syubhat dan tuduhan tanpa asas. Begitu juga diperkuatkan dengan hadis; Perumpamaan para mukminin dari segi kasih sayang dan belas kasihan adalah umpama satu jasad. Apabila satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan berjaga malam!

Memang tidak dinafikan, terdapat beberapa berkara yang tidak boleh orang lain campur tangan seperti arahan yang mesti dipatuhi. Atau urusan rumah tangga orang lain, kenderaan, pendapatan, keuntungan dan aset mereka. Dari satu sudut, kita jangan lupa hak kekeluargaan seperti seorang bapa dengan anak lelakinya. Namun perlu berhati-hati apabila berkaitan urusan rumah tangga anak perempuannya yang telah bersuami, jangan sampai membawa kepada mudharat yang lebih dahsyat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: