Antara keelokan Islam seseorang (01)

Antara Keelokan Islam Seseorang

Sabda nabi SAW yang bermaksud; “Antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya.”

Hadis ini mengandungi makna yang sangat luas dan perlu difahami oleh setiap muslim. Hadis ini amat penting dari segi teori dan amali.

Dari segi teori, bersandarkan pandangan para ulamak seperti Ad-Daraqutni katanya, Usul hadis ada empat iaitu hadis setiap amal dengan niat, antara keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya, yang halal itu jelas dan zuhudlah terhadap dunia nescaya Allah mengasihimu. Ibnu Abi Zaid al-Maliki pula berkata, himpunan adab-adab kebaikan berpunca dari empat hadis iaitu hadis; tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya, sesiaa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau senyap, antara keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya dan jangan marah.

Hamzah al-Kinanani mengira hadis ini menyamai sepertiga daripada Islam. Ibnuk Qaiyim pula berkata bahawa nabi SAW menghimpunkan warak dalam hadis ini. Ibnu Rajab berkata, hadis ini merupakan rujukan utama daripada rujukan-rujukan berkaitan adab.

Dari segi amali, kita dapati ahli ilmu menjadikan hadis ini sebagai rujukan untuk menghukum keharusan sesuatu kata-kata dan perbuatan. Ini amat ketara dalam kata-kata dan tulisan mereka.

Keelokan Islam… Makna dan fadhilatnya.

Keelokan Islam membawa dua maksud.

Pertama: Sahnya Islam seseorang, lawannya ialah batal Islam yang membawa kepada kekufuran, syirik atau nifaq. Ada beberapa hadis membawa makna seperti ini.

Kedua: Sempurnanya iltizam seseorang terhadap Islam, meningkat dalam martabat agama seperti sampai ke maqam ihsan. Inilah yang dimaksudkan dalam hadis ini, kesempurnaan Islam dan bukannya menafikan keislaman seseorang. Maka jika seseorang melakukan perkara yang tiada kaitan dengannya tidaklah sampai melucutkan Islam dari dirinya tetapi menjejaskan kesempurnaan imannya, mengurangkan keelokan Islamnya dan menghalangnya daripada sampai ke martabat ihsan.

‘Al-muhsin’ iaitu orang yang berbuat kebaikan akan memperoleh beberapa kebaikan antaranya;

  1. Mendapat kasih sayang Allah. “.. Allah menyukai orang yang berbuat baik.” Al-Baqarah, 195

  2. Pertambahan hasanat / kebaikan yang berlipat ganda seperti hadis diriwayatkan Abu hurairah; apabila seseorang daripada kamu mengelokkan Islamnya maka setiap kebaikan yang dilakukannya akan dicatat sebagai sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda dan setiap kejahatan dilakukan akan dicatat satu sahaja sehingga dia bertemua Allah. (Riwayat Muslim). Mengikut Ibnu Rajab, pergandaan sebanyak sepuluh kali ganda adalah pasti. Adapun gandaan lebih daripada itu bergantung kepada ihsannya amal, ikhlasnya niat dan hajat kepada amal tersebut. Seperti memberi nafqah untuk jihad, urusan haji, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan saat-saat yang memerlukan nafqah.

  3. Kejahatan ditukar kepada kebaikan. Dibuktikan oleh firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 68-70; Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain di samping Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak yang dibenarkan oleh syarak. Serta tidak pula berzina. Sesiapa yang melakukan demikian akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab pada hari kiamat dan dia pula akan kekal dalam azab itu dengan menerima kehinaan kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik. Maka orang itu Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

  4. Berita gembira untuk para muhsinin; Untuk orang yang berusaha berbuat baik dikurniakan pahala yang terbaik (husna) berserta tambahan (ziyadah)… (Yunus: 26). Husna ialah syurga dan ziyadah ialah melihat wajah Allah. Golongan muhsinin juga merupakan para pendahulu dan hampir kepada Allah. (Al-Waqi’ah: 10-12)

Seruan Kepada Mengelokkan Islam Seseorang

Fadhilat yang disebutkan sebelum ini menggalakkan kita mencapai martabat ihsan. Hadis ini menjelaskan bahawa meninggalkan perkara yang tiada kena mengena adalah antara sebab eloknya Islam. Islam secara umumnya, merangkumi iman dan ihsan. Kaum muslimin terbahagi kepada dua iaitu yang elok Islamnya (muhsin) dan buruk Islamnya (musie’). Golongan muhsin sibuk dengan perkara yang berkaitan urusan Islam. “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerah dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedangkan dia berusaha mengerjakan kebajikan dan mengikut agama nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap atas dasar tauhid) Allah telah menjadikan nabi Ibrahim kesayangannya (An-Nisa’:125) Manakala golongan musie’ adalah sebaliknya.

Maka mafhum keelokan Islam berkait rapat dengan konsep pertambahan iman dengan amal soleh. Ia lahir daripada muraqabah Allah. Ibnu Rajab berkata, Siapa menyembah Allah dengan merasai hampirnya Allah dan melihat Allah dengan hatinya atau merasakan Allah memerhatinya maka eloklah Islamnya, dan nescaya dia akan meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengan Islam. Sebaliknya dia akan sibuk dengan perkara yang ada kaitan dengan Islam sahaja. Sifat ini lahir dari dua maqam iaitu malu kepada Allah dan meninggalkan perkara yang dimalukan. Hadis ini menunjukkan bahawa meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengan keelokan Islam seseorang. Apabila dia meninggalkan perkara tersebut, maka sempurnalah keelokan Islamnya…

Meninggalkan Perkara Yang Tiada Kaitan Sifat Para Muhsinin yang Bersungguh-sungguh

Banyak ayat Allah menyifatkan para mukminin dengan berpaling dari perkara yang melalaikan, antaranya ialah surah al-Mukminun ayat 1-3; Telah berjayalah orang-orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka. Dan berpaling dari perkara yang melalaikan. Juga firman Allah dalam surah al-furqan ayat 72; .. dan orang yang apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia mereka melaluinya sahaja (tanpa tertarik) sambil menjaga kehormatan diri.

Perkara sia-sia merangkumi yang batil, syirik, maksiat, perbuatan, kata-kata, keinginan dan perasaan yang tiada faedah. Berpaling dari perkara yang sia-sia termasuk dalam akhlak bersungguh. Siapa bersungguh dalam urusannya maka sempurnalah dirinya dan tidak terbit darinya melainkan perbuatan yang bermanfaat. Maka bersungguh adalah antara akhlak Islam. Berpaling dari yang sia-sia pastinya dengan menjauhi kata-kata dan majlis yang melalaikan.

Terjemahan dari kitab Ma’lam fi tarbiyatin nafs (Min husni Islamil mar’i tarkuhu ma la yaknihi), oleh Abdul Latif bin Muhammad al-Hasan, Majalah Al-Bayan.

2 Respons

  1. Salam ustaz,

    mohon link ke entry ustaz ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: