Masjid dan taman rekreasi


Saya suka suasana ni – masjid dan depannya ada taman rekreasi.

Nak ingatkan para pengunjung taman. Kalau bersantai dan beriadah tu bagus, tapi janganlah lupa kat masjid. Nampak hebat sangat boleh ‘tawaf’ taman tasik dua tiga round. Tapi! Kaki yang sama payah nak melangkah ke surau atau masjid!

‘Orang masjid’ kalau dengar ungkapan macam ni mesti sokong kan?

Err… Jangan seronok sangat.

Sebab… Orang masjid pun kena ingat. Solat berjemaah di masjid tu memang dituntut. Tapi, jangan lupa. Beriadah untuk kesihatan dan kekuatan jasmani juga dituntut. Betul kan?

Maka, masjid dan taman rekreasi tidak wajar dipisahkan.. Perlu seiring dan sejalan, selaras dengan ajaran Islam.

Advertisements

Ujian Kelayakan ke Tingkatan 1 SMKA 2018


Berita yang dinanti-nantikan…

Sesiapa yang ada memohon untuk memasuki tingkatan 1 di SMKA Negeri Sembilan, boleh membuat semakan panggilan Ujian Kelayakan di laman web Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

  • Klik  http://jpnns.moe.gov.my/
  • Scroll down, klik SLIP UJIAN KELAYAKAN. 
  • Klik ikon PERIHAL di sebelah kanan, atas. 
  • Klik KEMBALI 
  • Masukkan sebahagian nama, kemudian pilih nama anda yang sebenar jika banyak nama tertera.

Untuk calon yang memilih SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), Seremban ujian akan diadakan pada hari Khamis 7 Disember. Jumpa saya di SHAMS nanti, Insya-Allah. 

Manakala untuk tahfiz di SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail, Pedas pada 12 dan 13 Disember (Selasa dan Rabu)

Rujuk senarai dokumen / perkara yang perlu dibawa semasa ujian nanti. 

Tahniah buat yang berjaya ke sekolah pilihan. Kepada yang tidak berjaya, sebenarnya kejayaan itu terletak pada usaha dan kesungguhan anda sendiri. Bukan pada sekolah semata-mata. Sebenarnya, itu juga pesanan untuk yang berjaya ke sekolah pilihan…

Tulisan lama ini mungkin berkaitan; Hina sangatkah 4A1B?

Budaya CnP atau SDA.


Saya yakin, kalau tulis CnP ramai yang faham, iaitu copy and paste. Jarang kita sebut salin dan tampal, kan? Apa pula SDA? Rasanya tak ramai yang tahu, kecuali orang lama-lama. Budak sekarang tak tahu ni.. SDA merujuk kepada Seperti di atas. Saya mula tahu benda ni daripada arwah ayah saya masa kecil dulu. Teruskan membaca

Fahami dahulu, jangan cepat menghukum.


Ya, jangan terlalu cepat buat kesimpulan atau hukuman. Fahamkan betul-betul apa yang seseorang itu kata. Jangan buat kesimpulan sendiri. Kerana ini akan memburukkan keadaan. Mungkin era digital ni, seua benda kena cepat. Tapi berpadalah… Saya sendiri mengalami beberapa insiden berkaitan ‘buat kesimpulan sendiri’ ini. Teruskan membaca

Panjang ceritanya… Fuh!


Tahun lepas, ada seorang murid jumpa saya nak mohon balik. Katanya ada masalah keluarga. Alasan tu terlalu umum, saya tak boleh terima. Maka berceritalah dia..

Atuk saya nak buat perjumpaan kumpulkan keluarga kami semua. Sebab makcik saya ada hutang dengan ayah saya. Cerita lama. Puncanya salah kira, dah tiga tahun. Sepatutnya kena bayar ansuran tiap bulan RM165, tapi makcik saya bayar RM160 aje. Jadi, nak buat tuntutan yang baki RM5 tu! Teruskan membaca

Handphone, oh handphone!


Kisah 6 orang yang dirampas handphone mereka. Kantoi sebab bawa handphone ke sekolah semasa sesi pembelajaran. Maka, merayulah mereka dengan pelbagai alasan untuk mendapat kembali handphone tu.

3 handphone

Teruskan membaca

Cara selamatkan tabung masjid dari dipecahkan 


Tabung masjid atau surau sering menjadi sasaran penjenayah kecil-kecilan. Jumlah yang diperoleh tidaklah sebesar mana berbanding usaha dan risiko yang perlu ditanggung.

Antara langkah dilakukan pengurusan masjid adalah dengan mengosongkan tabung setiap minggu, terutamanya selepas solat Jumaat. Sebab biasanya pada hari Jumaat kutipan paling tinggi.

Ada yang memasang CCTV untuk menakutkan penjenayah atau memudahkan pihak polis mengesan jika tabung dipecahkan. Bergantung kepada mutu rakaman dan wajah penjenayah mudahlah untuk mengesan kembali. Kalau tidak, hampa saja…

Kalau masjid ada banyak tabung, antara langkah mengelakkan tabung dikopakkan adalah dengan membiarkan tabung tersebut terbuka tanpa dikunci. Dengan cara ini si penjenayah tak berminat untuk mengumpil tabung tersebut. Tabung pun tak rosak. Betul tak? 

Cara ni boleh dikategorikan sebagai berfikir di luar kotak. Idea yang lain dari biasa. Hati pun tak sakit, duit pun tak perlu keluar.

OK, itu saja yang nak dikongsikan. Bye..

%d bloggers like this: