Penangan Mengantuk 


Hari ni bawa anak-anak ke Masjid untuk solat tarawih. Bacaan imamnya boleh tahan. Jemaah pun masih ramai. Hajat di hati nak solat lapan rakaat sahaja. Lepas lapan rakaat, imam baca doa. Sedap macam biasa. Saya pun tengok kiri kanan kot ada ruang untuk keluar.  Wah! Apasal malam ni takde yang keluar lepas lapan rakaat? Saya pun tambah lagi dua, biar cukup sepuluh. Mungkin lepas sepuluh nanti, ramai yang keluar, kata hati saya.

Assalamualaikum warahmatullah…  Alhamdulillah, selesai sepuluh. Saya pun bangun, sambil bagi isyarat kepada anak-anak, Jom balik! Memang bagus jemaah masjid ni, takde yang keluar! Dia orang buat dua puluh rakaat agaknya. Zaman sekarang, bukan senang nak jumpa masjid yang semua jemaahnya solat dua puluh rakaat. Syukur…

Semasa menuju ke kereta, Faiz bertanya; kenapa Abi solat enam rakaat aje? Ya Allah! Terperanjat saya. Patut la takde jemaah yang keluar, aku yang silap rupanya! Dengan selamba saya menjawab, Abi sakit perut. Memang kebetulan masa tu perut kurang selesa. Bukan menipu tau. 

Hebatnya penangan mengantuk…! 

Sambil membelokkan kereta, saya sempat memandang ke arah masjid.  Ramai yang menderu keluar macam biasa.. Lapan rakaat saja.. He he… 

Advertisements
%d bloggers like this: