NPQEL: Satu catatan awal


Alhamdulillah, syukur atas nikmatnya diizinkan untuk mengikuti kursus yang sangat berfaedah ini. NPQEL adalah singkatan kepada National Professional Qualification for Educational Leaders atau dalam Bahasa Melayunya Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan. Kursus ini dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki di semua cawangannya.

bersama-pn-suriani

Pn. Suriani, pensyarah Dasar dan Hala Tuju.

Pada awalnya, sekadar memenuhi pesanan Ustazah Nuri (Pengetua saya semasa di SMA Rantau) supaya memohon, katanya lepas ni semua Pengetua mesti ada sijil NPQEL. Cubaan pertama gagal, tapi cubaa kedua membuahkan hasil. Alhamdulillah…

Sebelum memohon lagi saya sudah berdoa (istikharah), seandainya kursus ini  membawa kebaikan untuk dunia dan akhirat saya, maka permudahkanlah. Jika tidak, maka jauhkanlah. Berbekalkan doa itu, saya yakin inilah laluan terbaik yang disediakan oleh Allah untuk saya buat masa ini. Adapun apa yang akan datang, hanya dalma ilmunya jua…

Minggu pertama, orientasi. Santai… Tapi hari pertama dan kedua, saya ungkapkan sebagai sangat menakutkan. Betapa tidak, pensyarah siap bagi tau lagi, ambilan lepas ada 12 orang tidak lulus… Anggaplah ini sebagai ‘perpisahan sementara’ antara suami dengan keluarganya… Bersedialah untuk kurang tidur, mengekang mata dsb… Ditambah pula dengan kata-kata, tuan-puan bakal pemimpin kena tahu semua ni… setiap kali tak bagi respon kepada pensyarah.

jejaka-di-tangga

Antara jejaka idaman SMBE1

Apapun, kini dah selesai minggu kedua. Aku masih hidup, Alhamdulillah… Tiada kecederaan atau patah mana-mana anggota badan… Assignment pun siap, biarpun belum lebat lagi sebenarnya. Semoga allah kurniakan aku dan sahabat-sahabat seangkatan kekuatan meneruskan kursus ini dengan jayanya.

Bakal pelapis kepimpinan pendidikan masa hadapan…

Rujuk: https://drjamiladimin.wordpress.com/2013/01/25/npqel-sebagai-prasyarat-pelantikan-pengetuaguru-besar/

Advertisements
%d bloggers like this: