Catatan Kehidupan

Blog ini mencatatkan ulasan dan pemerhatian peribadi saya terhadap liku-liku kehidupan yang dilalui. Pastinya ulasan ini timbul dari ilmu, kefahaman dan pengalaman yang boleh dikongsi untuk semua orang. Sekurang-kurangnya menjadi medan untuk saya meluahkannya sebagai satu catatan kehidupan…

SHAMS

Related image

Saya mula bertugas di sini pada bulan Disember 2015, setelah berkhidmat di SMA Rantau selama 6 tahun.

hari terakhir di SMAR
Bilik dah kemas, meninggalkan SMAR untuk ke SHAMS.

Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah saya. Selepas lebih tiga dekad saya kembali menjejakkan kaki ke SHAMS. Dahulu sebagai murid, tetapi kali ini sebagai guru. Itulah ketentuan Ilahi.

Memegang jawatan yang sama iaitu sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Walaupun jawatannya sama, tapi ada beberapa perbezaan yang ketara. Antaranya, SHAMS sekolah besar – pasti lebih ramai murid dan gurunya berbanding SMAR. Sekolah yang masyhur peringkat negeri dan kebangsaan. Juga, ada asrama. Antara yang cuba saya elakkan – asrama, tapi begitulah ketentuan Allah.

jamuan aspura
Sebahagian warga Aspura SHAMS

2018 membuka tirainya dengan sesuatu yang mengejutkan. Selasa 2 Januari, hari pertama persekolahan, saya dan beberapa orang guru dipanggil ke Jabatan Pendidikan untuk menerima watikah perlantikan dan pertukaran ke SMASKP. Subhanallah!

Memandangkan semua tugasan 2017 dah selesai, maka tanpa berlengah lagi, saya terus masuk ke SMASKP pada Isnin minggu hadapannya. Tangguh 3 hari sahaja, biasanya 2 minggu. Teruja sangat nak pindah agaknya!

Selamat tinggal SHAMS. Jodoh kita tidak lama…

Semoga SHAMS mendapat pengganti yang lebih baik dan saya juga mendapat sekolah yang lebih baik. Amin…

Bergambar di sisi pemidang 3 minggu sebelum mendapat arahan berpindah ke SMASKP.