Catatan Kehidupan

Blog ini mencatatkan ulasan dan pemerhatian peribadi saya terhadap liku-liku kehidupan yang dilalui. Pastinya ulasan ini timbul dari ilmu, kefahaman dan pengalaman yang boleh dikongsi untuk semua orang. Sekurang-kurangnya menjadi medan untuk saya meluahkannya sebagai satu catatan kehidupan…

SMA Rantau

Beberapa CORETAN dan FOTO berkaitan aktiviti di Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) Rantau, tempat saya bertugas. (Kini namanya adalah SMA Rantau)

39. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

38. Kejohanan Merentas Desa SMRA Rantau 2011

37. Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Rantau

36. Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah

35. Majlis Perpisahan Puan Noormaah

34. Jasamu dikenang anjuran Kelab Staf

33. Kursus Pengawas

32. Penyampaian hadiah Minggu Orientasi Tingkatan Satu 2011

31. Lawatan pegawai BPI, 5 Januari. Kami dikunjungi oleh Us. Mohd Yaakob dan Us. Faisal dari Bahagian Pendidikan Islam, KPM Cyberjaya.

30. Minggu Orientasi Tingkatan Satu: 3-7 Januari

29. Pendaftaran murid Tingkatan Satu 2011: 30 Disember 2010 (Khamis), seramai 104 murid memohon dan setakat hari ini 67 orang ditawarkan. Proses taklimat, pendaftaran, agihan buku teks dan jualan keperluan berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

28. Ujian Kelayakan Ke Tingkatan Satu, 9 Disember: Buat pertama kalinya SMRA Rantau mengadakan ujian kelayakan bagi menapis kemasukan murid. Sebanyak 97 permohonan diterima, sedangkan tempat hanya 70 sahaja. Diharapkan ujian ini sebagai permulaan memartabatkan sekolah agama dan dalam masa yang sama tidak melupakan matlamat penubuhannya.

 

27. Haflah Aidil Adha 1431H, 11 Zulhijjah/18 November:

Permulaan yang kecil

Sementara menanti hasil

26. Program Lepas PMR & Peperiksaan Akhir Tahun:

a. Zikir Al-Ma’thurat dan menghafaz Al-Ma’thurat:

Foto

b. Ceramah Jabatan Bomba & Demonstrasi Memadam Kebakaran:

Foto

25. Majlis Restu Ilmu, 1 Oktober:

Bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Hisham Mustafa.
Calon-calon membaca Yasin
Antara penjaga yang hadir
“… kami akan berusaha sehabis baik bagi menaikkan nama sekolah.”
“… kami khuatir jika titik peluh kami tidak membuahkan hasil… Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat.”
“… di sekolah guru telah curah segala ilmu yang ada… Jika berjaya dalam PMR, yang dapat faedah ialah murid-murid… Jangan lupakan jasa ibu bapa… Penentu kejayaan adalah kamu sendiri… Jangan gopoh. Jangan ambil mudah… Selamat menghadapi PMR, semoga dapat keputusan cemerlang… Jaga nama baik sekolah.”
En. Shamsudin menyampaikan cenderamata kepada calon PMR
Bersama cenderamata masing-masing
Kami doakan kejayaan anda semua…

24. Ziarah Raya: Sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan warga sekolah, program ziarah raya telah disusun, Cik Farah bertindak sebagai penyelaras. Rumah Pn. Rozita mendahului senarai rumah yang dikunjungi oleh guru-guru dan staf sokongan. Semoga usaha ini diberkati Allah dan meningkatkan lagi taaruf antara warga sekolah. Saya berkesempatan ziarah beberapa rumah sahaja. Maaf banyak-banyak kepada tuan rumah yang tidak dapat saya penuhi undangannya. (Kualiti gambar kurang baik, sebab dalam rumah dan guna handphone. Jadi la kan? Daripada takde langsung!)

Di rumah Pn. Noormaah;

Terima kasih Ustazah, kami balik dulu…
Dua sahabat…
Pn. Wan Mahanum bersama anaknya, Tn. Hj. Zuhaidi sendirian sahaja!
Pn. Fakhriah turut hadir bersama anaknya
Bujang bertiga, ditemani En. Shamsudin. Mereka puasa…
Pn. Noormaah melayan tetamu. Moga diberkati dan murah rezeki.

Di rumah Pn. Rozita;

Pn. Rozita sedang melayan tetamu. Ustaz yang dua orang tu, sedang menambah..!
Dari kiri; Pn. Najah, Zairus, Pn. Noormaah dan Pn. Norliza. Nampak gaya, masing-masing macam dah selesai… Yang puasapun datang sama, meraikan undangan tuan rumah.
Dari kiri; Us. Faizal, Farid dan Hisham. Bersemangat betul! Maklum la, nak tolong kawan habiskan makanan yang dia sediakan!

23. Majlis Penutup Bulan Patriotisme, 22 September: Dikelolakan oleh Panitia Sejarah sebagai menyambut ulang tahun Kemerdekaan Kali ke 53. Tiga teks ucapan dibaca: Titah SPBYDP Agong, TPM dan KPPM.

Tn. Hj. Mohd Zuhaidi, PK1: “Kemerdekaan menurut Islam ialah memerdekakan diri dari hawa nafsu”
“Disini lahirnya sebuah cinta, Yang murni abadi sejati, Disini tersemai cita cita, Bercambah menjadi warisan…” Warisan (Sudirman)
“Aku bukanlah seorang perwira, Gagah menjunjung senjata, Namun hati rela berjuang,  Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini…”
Juara kelas ‘paling patriotik’ – 4 Shafie

22. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri, 17 September: Kelab Staf dengan kerjasama PIBG telah berjaya menganjurkan sambutan aidil fitri. Selain jamuan, turut diselitkan ucapan wakil pelajar, ucapan YDP dan persembahan pelajar. Tahniah dan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan majlis.

Kenangan; sebahagian murid yang hadir
Pesanan YDP PIBG: Nama baik sekolah terletak pada murid-murid… Bukan sahaja jadi orang berjaya, tapi jadi orang berguna… Jangan persiakan harapan ibu bapa.

Berdendang mari berdendang, Berdendang di seluruh alam, Bergema suara bergema, Nazam lebaran…
Lelong! Banyak kuih lebih untuk dibawa pulang…

21. IHYA’ RAMADHAN Sempena Ramadhan, sekolah menyusun beberapa aktiviti. Sesuai dengan bulan memperbanyakkan ibadah dan menghampirkan diri kepada Allah, agar di akhir Ramadhan lahir sebagai insan bertaqwa. Moga usaha kerdil ini diberkati Allah. Tahniah kepada Us. Hisham, Ust. Faridah dan semua guru serta murid yang terlibat menjayakan Ihya’ Ramadhan. (Foto akan menyusul, insya Allah)

a. Program Tilawatul Quran dipimpin oleh Us. Hisham. Bergema sekolah dengan bacaan anak-anak murid.

b. Tazkirah Ramadhan

c. Solat Dhuha

d. Bacaan Al-Ma’thurat

 

e. Khatam Al-Quran, 2 Sep:

f. Ceramah Nuzul Al-Quran, 2 Sep:

g. Iftar Jamaie, 2 Sep:

20. Latihan Dalam Perkhidmatan 03/2010, 9 Ogos. Ceramah bertajuk Guru Pemimpin 360 darjah, oleh Ust. Khuzaimah.

19. Latihan Dalam Perkhidmatan 02/2010, 2 Ogos. Untuk meningkatkan profesionalisma guru-guru SMRA Rantau oleh En. Megat JPNS. (Saya tak hadir, cuti sakit – domam!)

18. Program Menggapai Impian, 24-25 Julai. Untuk calon-calon PMR bertempat di SMKA Pedas, bermula pagi Sabtu hingga tengah hari Ahad. Semoga program ini dapat melonjakkan semangat mereka untuk mencapai kejayaan yang diimpikan (kalau ada la!). Terima kasih ustaz ustazah…

Foto akan menyusul, insya Allah.

17. Mesyuarat  AJK Kelab Staf SMRA Rantau, 20 Julai. Selepas taklimat zakat, AJK Kelab Staf bermesyuarat secara rasmi untuk kali pertama. Ustazah Norliza sebagai Pengerusi menjelaskan bahawa antara tujuan Kelab Staf ialah untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli kelab yang terdiri daripada guru dan kakitangan sokongan.  Untuk tujuan itu beberapa aktiviti telah dirancang. Aktiviti mengumpul dana kelab juga turut dibincangkan dan diagihkan kepada AJK untuk pelaksanaan.

Ustazah Norliza Musa mempengerusikan mesyuarat sulung Kelab Staf SMRA Rantau

16. Taklimat Pusat Zakat NS, 20 Julai. Alhamdulillah pada petang ini  dua orang pegawai Pusat Zakat NS datang memberi taklimat tentang zakat pendapatan. Sesi yang ringkas tapi padat ini, mendapat sambutan sangat memberangsangkan dari guru-guru yang hadir untuk menunaikan rukun Islam. Mungkin mereka telah menanti-nanti pegawai dari Pusat Zakat memberi penjelasan. Buktinya, belumpun habis Us. Zamru (Ibu Pejabat  PZNS) memberikan taklimat, sudah ada yang memberikan borang kepada Us. Zamri (Cawangan Seremban2) untuk potong gaji. Saya dimaklumkan kira-kira lima belas orang telah menyerahkan borang kepada beliau untuk potongan gaji berjadual.

15. Ops Buku Teks, 13 Julai: Semua murid dikehendaki membawa semua buku teks yang diterima bagi memastikan bilangannya sama seperti diterima pada awal tahun dahulu, dibalut, ditulis nama dan dalam keadaan baik. Foto…

14. Ceramah Sempena Israk dan Mikraj, 9 Julai: Ceramah telah disampaikan oleh Us. Mohd Hafizi bin Mohd Ali, Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

13. Program Bintang PMR, 1 Julai: Salah satu usaha sekolah meraih 9A dalam PMR. Sekolah menyatakan hasrat ini kepada ibu bapa dan berharap mereka turut sama memberi sokongan di rumah. Perbincangan ibu bapa bersama guru subjek turut diadakan.

12. Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan, 26 Jun:

Bersama lebih 15,000 guru yang memenuhi undangan Kerajaan N9, saya dan beberapa orang guru turut hadir. Bukan senang nak datang majlis sebesar ini. Macam-macam suasana dan ragam manusia yang boleh dilihat, sebagai catatan teladan sepanjang kehidupan.

11. Tahsin Solat (siri 1). 7 & 8 Jun:

Sebagai salah satu usaha memastikan murid-murid SMRA Rantau melaksanakan solat dengan sempurna, Program Tahsin Solat diadakan. Semoga dengan keikhlasan guru-guru, para naqib dan murid serta kerjasama ibubapa, anak-anak  ini akan istiqamah dengan solat lima waktu- tiang agama.

n

10. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Isnin 17 Mei 2010:

Setelah 7 tahun tidak menyambutnya! Masih macam dulu juga, ada perutusan Menteri Pelajaran, penyampaian hadiah, aktiviti guru bersama murid dan jamuan untuk guru. Terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbang makanan, banyak. Sampai boleh dibawa balik!

Lepas selesai acara di sekolah, guru-guru ke Jussco Seremban2 untuk main bowling. Saya datang lewat sedikit sebab uruskan permohonan bina surau taman di Pejabat Daerah dan Tanah. Hadirpun sekadar menonton, sebab tak nak menyakitkan tangan! Lagipun belum terbuka hati untuk main bowling… Bos suruh main, tapi saya tolak. Next time, insya Allah.

Semua guru dapat hadiah daripada murid, sekurang-kurangnya dua. Bagus la macam tu, sebab ada sekolah tu, ada cikgu yang tak dapat hadiah langsung. Mesti cikgunya kecil hati, terutama cikgu perempuan…

Terima kasih kepada Pn. Hasni sebagai penyelaras sambutan, para Pengawas yang menguruskan aktiviti, anak-anak murid dan PIBG yang meraikan guru-guru  serta semua yang terlibat.

9. Gotong Royong Perdana sempena sambutan Hari Guru. Sabtu 15 Mei 2010:

Macam tu la bunyi surat dari Kementerian. Takpe, benda baik… Bukan rugipun bersihkan kawasan sekolah. Badan keluar peluh, lebih rapat dengan murid. Macam Syafik, Murshiq dan Izzudin dalam gambar ni. Terima kasih sebab tolong ustaz…

8. Kursus Kemahiran Bahasa Al-Quran. Khamis, 29 Aril 2010. Kendalian Us. Zulkarnain Itam dari Maahad Ahmadi, Gemencheh.

7. Pesta Pantun Peringkat Daerah Seremban 1. Rabu, 28 April 2010. SMRAR menjadi tuan rumah untuk 14 buah sekolah. Juaranya SM Sains Seremban

6. Sambutan Maulidur Rasul 1431/2010

5. Projek tanam anak pokok hutan

4. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Serentak DUN Rantau

3. LADAP di MITC Melaka

2. Penentuan arah kiblat

1. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

11 thoughts on “SMA Rantau

  1. assalamualaikum……….
    semoga smra rantau menjadi sekolah contoh yang terbaik.. dan tak lupa kepada semua warga smra rantau , semoga berjaya…
    3 shafie
    good luck for your pmr!!!!

    1. Wa a’laikumus salam.
      Mudah-mudahan dengan usaha dan doa semua warga SMRA Rantau, sekolah kita akan jadi yang terbaik, insya Allah. Setiap kebaikan pasti diganjari Allah…

  2. assalamualaikum…. ustaz, hebat betul blog nie… macam -macam pengisian YANG Ada ….
    semoga berterusan…

    SeLaMaT hArI RaYe……
    MAAf zaHIR batIN…

    1. Wa a’laikumussalam warahmatullah. Sekadar beberapa catatan dan pemerhatian untuk perkongsian bersama. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan kepada saya untuk memastikannya berterusan, doakan… Selamat menyambut aidil fitri – Taqabbalallahu minna waminkum. Wassalam

  3. assalamualaikum……..
    bagus lah blog nie ustaz…..
    bg blog nie sya dpt igt kngn2 di smra rantau….
    tq ustaz sbb buwt blog nie..
    mmg amt berguna………
    smoga ia berterusan …….
    InsyaAllah

  4. salam ustaz, sy suka membuka laman ustaz ni lebih lagi apabila saya rindukan suasana dismra.semoga smrar terus beraktiviti demi kejayaan anak-anak melayu rantau khsnya.,tiba-tiba sy rindukan mereka maka sy membuka dan menatap wajah mereka di sini.hrp gambar-gambar itu tidak dipadam ye.Semuga warga SMRAR cemerlang dan diberkati Allah swt terus gemilang

  5. Assalamualaikum… ketawa sendirian apabila melihat semula gambar2 kenangan di smra. Sekarang sudah 5 tahun sy tinggalkan… ustaz… update lagi gambar2 yang baru… 🙂

Tinggalkan komen