Tazkirah secara langsung.


Bismillahi walhamdulillah…

Malam tadi saya  menyampaikan kuliah mingguan seperti biasa. Antara isi kandungannya ialah, kematian itu suatu yang pasti. Semua orang tahu, tapi berapa ramai yang ambil pengajaran daripadanya. Selesai kuliah, saya hadiri mesyuarat AJK Pemilik Vila Suria kali pertama bagi sesi 2011/2012. Mesyuarat tamat jam 11.30, disusuli dengan makan malam. Tidak baik dijadikan tabiat tu! Tapi bagi meraikan kawan-kawan, saya turut serta.

Teruskan membaca

Advertisements

Usaha kita dan bantuan Allah.


Bismillahi walhamdulillah.

Pada Julai 2011sekolah saya menghantar murid-murid tingkatan lima untuk mengikuti program Lambaian Kaabah di SMKA Sheikh Haji Mohd. Said (SHAMS), khusus untuk teori dan praktikal haji. Memandangkan murid-murid lelaki perlu memiliki kain ihram, maka saya menghubungi beberapa orang rakan dan jiran mendapatkan bantuan; pinjam kain ihram enam pasang. SMS dihantar  kepada lima orang. Antara jawapan diterima; Tak ada. Maaf, ada di kampung. Ada tiga pasang, nanti saya usahakan lagi. Ada sepasang. Sekarang out station, balik nanti saya hantar. Semua jawapan itu melegakan saya. Alhamdulillah, setelah dikumpul, dapat sebelas pasang! Lebih daripada cukup! Sebab ada seorang jiran pinjamkan enam pasang… Kalau Allah bantu, seorangpun sudah memadai! Teruskan membaca

Keluar dari kebiasaan untuk hasil yang luar biasa!


Bismillahi walhamdulillah.

Saya sedang bersembang dengan Mahdi, sambil beliau menyiapkan jerat.

Mahdi bin Jengking, salah seorang daripada jurupandu kami pada tahun 2011. Berusia 30 tahun, merupakan anak kepada Tok Batin Jengking. Beliau bertugas di Kem PLKN Lagenda Ledang. Kemas, amat petah berbahasa Melayu dan penjelasannya memahamkan. Perjalanan kami mendaki selama dua jam, mampu beliau habiskan selama setengah jam sahaja! Sekali pandang pasti akan menyangka dia seorang muslim dan sekurang-kurangnya berkelulusan SPM. Sebenarnya beliau tidak pernah ke sekolah, sama macam adik beradiknya yang lain. Bezanya, dia boleh membaca dan berbicara jauh lebih baik berbanding yang lain. Teruskan membaca

Panggil polis terus!


Image result for polis

Gambar hiasan

Kenapa kita panggil polis? Sebab nak buat aduan tentang sesuatu yang kita tak mampu selesaikan. Kena panggil orang lain yang ada kuasa dan dihormati dari segi undang-undang. Teruskan membaca

Jom, pakat lajak!


Image may contain: bicycle

Gambar hiasan

Biasa dengar basikal lajak kan? Pernah dikaitkan dengan kematian di Johor suatu masa dahulu – geng basikal lajak. Sehingga ada cadagan supaya diharamkan. Teruskan membaca

Hadiah Hari Guru


Bismillahi walhamdulillah…

Isu yang menarik musim ini, sempena sambutan Hari Guru. Saya tergerak untuk menulis.

Bila disebut Hari Guru, pasti dikait rapat dengan hadiah sebagai penghargaan. Guru-guru sekolah rendah menerima hadiah yang banyak. Guru sekolah menengah dapat kurang sikit.  ‘Guru’ di universiti hampir langsung tak dapat. Kenapa jadi begitu? Sepatutnya semakin besar, semakin pandai mereka menghargai jasa guru. Mungkin fasa yang mereka lalui berbeza; zaman kanak-kanak, remaja dan belia atau dewasa. Tetapi persoalan yang sama tetap timbul; bukankah sepatutnya mereka lebih pandai menghargai jasa guru? Atau, mafhum penghargaan kanak-kanak berbeza dengan dewasa.

Sebagai guru, hadiah terbesar dari seorang murid ialah kemenjadian. Sesuai dengan matlamat utama mereka dihantar ke sekolah supaya dididik menjadi insan yang berjaya. Apabila mereka berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada masa mereka mula-mula masuk sekolah dulu. kira menjadi la tu. Cuma, tahap kemenjadiannya yang berbeza. Ada yang tinggi, ada sederhana ada yang rendah. Bergantung kepada banyak faktor.

Untuk tahun 2011, hadiah paling bermakna buat warga pendidik ialah seperti yang diumumkan oleh DS Najib. Pengetua dan guru-guru penolong kanan, pasti tersenyum lebar.

(Tulis dah lama, tersorok dalam draft)

Gandingan semula jadi.


Hidup ini sangat kompleks. Selagi namanya manusia, maka saling memerlukan. Tidak kira kaya atau miskin, kuat atau lemah, tua atau muda. Semuanya saling lengkap melengkapkan.

Sebab itu, orang yang hidup sendirian digelar ‘kera sumbang’, tak panggil pun orang! Kerana, kalau orang maka tabiatnya saling memerlukan.

Lihatlah bagaimana Allah mengajar kita sunnah gandingan tua dan muda melalui pucuk pokok muda yang lembut dan dahan tua yang keras. Kombinasi keduanya menghasilkan tona warna yang cantik. Bahkan, lenggokan dahan yang menarik – sejuk mata memandang.

Pokok mengajar kita supaya saling kuat menguatkan. Namun, kalau ada yang cuba menyanggahnya – lebih suka bersendirian, tidak mahu mendengar pendapat orang lain – maka kita katakan kepadanya, “pokok dek kau la…!”. Masih merujuk kepada pokok.

%d bloggers like this: